Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Pelawat ke Thailand tidak perlu tunjuk bukti vaksin Covid-19 mulai Okt

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Pelawat ke Thailand kini tidak perlu lagi menunjukkan bukti lengkap menerima vaksin Covid-19 untuk memasuki negara itu mulai bulan depan.



Pelawat juga tidak perlu lagi mengemukakan keputusan ujian pantas Covid-19 ketika ketibaan, antara langkah yang diambil untuk melonggarkan sekatan Covid-19 serta mempromosikan perjalanan dan juga perniagaan.



Jurucakap Pusat bagi Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin, berkata memandangkan situasi pandemik berkenaan semakin baik, Thailand akan menamatkan darurat seluruh negara yang dilaksanakan pada 24 Mac 2020 bagi membendung penularan wabak itu pada 30 September ini.



Katanya, pesakit Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan tidak perlu dikuarantin.



"Kedudukan Covid-19 akan diturunkan daripada penyakit berjangkit berbahaya kepada penyakit berjangkit dalam pengawasan mulai 1 Oktober ini," katanya pada sidang media. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >