Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelawat yang tiba melalui udara ke M'sia perlu isi borang kastam

Oct 07, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Orang ramai yang tiba di Malaysia atau mahu meninggalkan negara itu menerusi udara kini perlu mengisi borang pengisytiharan kastam, menurut Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).



Ketua pegawai eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo, berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyatakan menerusi satu surat bertarikh 5 September bahawa pengisytiharan Borang Kastam Nombor 7 (K7) merupakan satu keperluan di bawah Seksyen 103 Akta Kastam 1967.



Tiada sebab diberi bagi mengembalikan langkah yang sudah lama dihentikan ini.



Sejajar dengan pengumuman itu, Kapten Voo berkata semua penerbangan yang memasuki Malaysia juga telah diminta mengumumkan keperluan tersebut kepada penumpang semasa di dalam kapal terbang.



"Untuk mematuhi dengan peruntukan undang-undang ini bagi penumpang yang tiba di Malaysia menerusi laluan udara, JKDM memohon kerjasama semua penerbangan yang memasuki Malaysia untuk membuat pengumuman kepada semua penumpang tentang keperluan mengisi Borang K7 dan memberikannya kepada pegawai kastam yang bertugas di lapangan terbang," ujarnya.



CAAM juga telah menyediakan contoh pengumuman yang harus dibuat dalam penerbangan sebelum kapal terbang itu mendarat di Malaysia, dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu.



Pengumuman itu dalam bahasa Melayu berbunyi:



"Setiap pengembara yang tiba di Malaysia dikehendaki mengisytiharkan semua barangan berduti dan larangan serta mata wang atau instrumen boleh niaga yang berjumlah melebihi AS$10,000 ($14,235) dalam miliknya.



"Pengisytiharan hendaklah dibuat dalam Borang Kastam No. 7 dan diserahkan di pusat pemeriksaan JKDM. Borang Kastam No. 7 boleh didapati di kaunter JKDM.



"Pengisytiharan palsu atau kegagalan untuk mengisytihar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia."



Namun, tidak jelas sama ada setiap penumpang harus mengisi borang itu atau mereka yang membawa barangan berduti atau wang melebihi AS$10,000 sahaja,



Sebelum arahan ini dilaksana, semua penumpang hanya perlu membuat pengisytiharan secara lisan sekiranya mereka membawa barangan bercukai, barangan terlarang atau wang berjumlah lebih AS$10,000 kepada pegawai kastam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >