Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pele stabil selepas alami masalah pernafasan

Sep 19, 2021 | 5:30 AM
PERMATA BOLA SEPAK DUNIA: Pele, 80 tahun, ditempatkan sementara di Unit Jagaan Rapi di hospital di Sao Paolo dilihat berada di katil hospital dengan mengenakan jaket hitam, sedar dan tersenyum. - Foto AFP
PERMATA BOLA SEPAK DUNIA: Pele, 80 tahun, ditempatkan sementara di Unit Jagaan Rapi di hospital di Sao Paolo dilihat berada di katil hospital dengan mengenakan jaket hitam, sedar dan tersenyum. - Foto AFP -

SAO PAOLO: Lagenda bola sepak Brazil, Pele, 80 tahun, telah dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) buat seketika kelmarin selepas didapati mengalami masalah bernafas, tetapi kini keadaannya didapati stabil.

Menurut Hospital Albert Einstein di Sao Paolo, di mana Pele menjalani pembedahan awal bulan ini, pemindahan ke ICU itu adalah sementara sebagai "langkah pencegahan", katanya dalam satu kenyataan.

Menurut hospital itu lagi, bintang bola sepak kesayangan ramai itu kemudian dipindahkan ke unit penjagaan separuh intensif sedang beliau terus berusaha untuk pulih dari pembedahan akibat tumor di usus

"Dari sudut kardiovaskular dan pernafasan, beliau kini stabil," tambah kenyataan itu.

Kenyataan tersebut datang sejurus selepas anak perempuan Pele, Cik Kely Nascimento menunjukkan gambar dirinya bersebelahan bapanya di hsopital, meminta peminat menceriakan bapanya.

"Ini adalah keadaan biasa bagi pemulihan seorang lelaki dalam usia sepertinya. Selepas pembedahan seperti ini, adakala anda mengambil dua langkah ke depan, satu langkah ke belakang," tulis Cik Nascimento di Instagram bersebelahan foto tersebut.

"Semalam beliau penat dan mengambil setapak langkah ke belakang. Hari ini, beliau mengambil dua langkah ke depan," tambahnya.

Dalam gambar itu, Pele dilihat berada di katil hospital dengan mengenakan jaket hitam, kelihatan sedar dan tersenyum. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg