Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pelitup mungkin diwajibkan semula di sekolah M'sia

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Langkah mewajibkan pemakaian pelitup mungkin dikenakan semula di sekolah di Malaysia, sedang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang mahu mencadangkan penggunaan pelitup sekali lagi.



Satu laporan memetik Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, sebagai berkata langkah itu adalah untuk mengelakkan kebangkitan semula Covid-19 disebabkan oleh varian XBB1.16, atau Arcturus.



Dr Zaliha berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, berhubung perkara itu tidak lama lagi.



"Saya akan berjumpa dengannya (Cik Fadhlina) minggu ini untuk membincangkan garis panduan dan mengapa kita perlu mengawal penularan Covid-19 di sekolah, terutamanya dengan varian Arcturus baru yang sangat mudah merebak," katanya.



Garis panduan dan prosedur operasi standard akan dikeluarkan sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei.



"Ini penting kerana kita bimbang pelajar akan dijangkiti selepas banyak berjalan semasa cuti Hari Raya yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 di sekolah," katanya kepada Berita Harian Malaysia



(BHM).



Dr Zaliha pula memberitahu The Star bahawa penggunaan pelitup adalah satu saranan dan bukan kewajipan.



Ditanya sama ada kementerian sedang mempertimbangkan untuk mengesyorkan penggunaan pelitup di luar sekolah dan kepada orang ramai, beliau menjawab: "Ya, tidak lama lagi."



"Kami konsisten dalam menggalak orang ramai memakai pelitup," tambahnya.



Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Encik Fouzi Singon, berkata walaupun kumpulan itu bersetuju dengan cadangan untuk mewajibkan pelitup sekali lagi, peraturan sedia ada adalah mencukupi dan perlu ditegaskan semula.



Beliau berkata kebanyakan sekolah tidak mewajibkannya.



"Jadi wajar pihak sekolah dan ibu bapa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan ibu bapa sendiri tidak bimbang menghantar anak ke sekolah," katanya.



Sejak September 2022, penggunaan pelitup di kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, namun pemakaiannya digalakkan.



Pada Isnin, KKM mengumumkan bahawa 12 kes subvarian Arcturus telah dikesan di Malaysia.



Enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor, dan dua di Kuala Lumpur.



Dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sejak akhir-akhir ini dan lebih banyak perhimpunan sosial sempena Hari Raya, pakar kesihatan awam sebelum ini menyarankan agar orang ramai memakai pelitup semasa berada di khalayak ramai. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >