Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelosi: Amerika ingin Taiwan nikmati kebebasan keselamatan

Aug 3, 2022 | 5:42 PM
KEBEBASAN KESELAMATAN: Cik Pelosi yang mengadakan sidang media bersama dengan Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, berkata Amerika mahu Taiwan terus menikmati kebebasan keselamatan.
KEBEBASAN KESELAMATAN: Cik Pelosi yang mengadakan sidang media bersama dengan Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, berkata Amerika mahu Taiwan terus menikmati kebebasan keselamatan. - - Foto AFP/Pejabat Presiden Taiwan

TAIPEI: Amerika Syarikat mahu Taiwan sentiasa menikmati kebebasan dengan keselamatan dan tidak akan mengubah kedudukan itu, kata Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi.

Beliau berkata demikian hari ini (3 Ogos) semasa lawatannya ke Taipei, yang dikecam keras oleh China.

Sementara mereka menghormati dasar "Satu China", Cik Pelosi berkata perpaduan Amerika dengan Taiwan adalah lebih penting.

Semasa satu sidang media bersama dengan Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, Cik Pelosi berkata Amerika menyokong keadaan sedia ada dan tidak mahu sebarang kejadian berlaku ke Taiwan dengan kekerasan.

Ditanya tentang akibat ekonomi yang akan dihadapi Taiwan ekoran lawatannya, Cik Pelosi berkata Akta Cip dan Sains yang diluluskan baru-baru ini membuka laluan bagi pertukaran ekonomi yang lebih baik antara Amerika dengan Taiwan.

Cik Tsai juga berkata Taiwan komited mengekalkan keadaan sedia ada di Selat Taiwan.

Tambahnya, latihan tentera China yang dilancarkan sebagai respons terhadap lawatan Cik Pelosi adalah reaksi yang tidak diperlukan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg