Peluang China tonjol upaya di tengah Covid-19, pergeseran dengan Barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang China tonjol upaya di tengah Covid-19, pergeseran dengan Barat

Sep 28, 2021 | 5:30 AM

Peluang China tonjol upaya di tengah Covid-19, pergeseran dengan Barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TUNJUK HEBAT: Jet pejuang J-10 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dijangka membuat persembahan semasa Pertunjukan Udara dan Aeroangkasa China ke-10 minggu ini. - Foto REUTERS
TUNJUK HEBAT: Jet pejuang J-10 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dijangka membuat persembahan semasa Pertunjukan Udara dan Aeroangkasa China ke-10 minggu ini. - Foto REUTERS -

ZHUHAI: Hasrat China menonjolkan kemandirian dan keupayaannya dalam bidang aeroangkasa dan kuasa tentera dapat dilihat semasa satu pertunjukan udara minggu ini.

Acara itu akan diadakan di tengah-tengah negara itu berdepan pandemik Covid-19 dan pergeseran dengan Barat dalam soal ekonomi.

Pameran Udara China, yang selalunya diadakan setiap dua tahun di selatan kota Zhuhai, tertangguh selama setahun disebabkan Covid-19.

Pameran kali ini lebih menjurus kepada ehwal tempatan disebabkan peraturan kuarantin ketat.

"Mengadakan Pameran Udara China sedang kalendar pertunjukan udara sedunia terjejas membolehkan China menunjukkan ia telah kembali kepada keadaan biasa pasca-Covid-19," kata Encik Douglas Barris, zamil kanan bidang aeroangkasa tentera di Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS).

Syarikat aeroangkasa dan pertahanan meningkatkan kehadiran mereka dengan ketara. Pembekal utama Barat seperti Airbus dan Boeing akan mengerahkan pasukan China mereka, dan ada komponen maya bagi yang tidak boleh melawat pertunjukan itu. Usaha China meningkatkan teknologi aeroangkasa tempatan akan menjadi sorotan tatkala saingan strategik dengan Barat terus meningkat.

"Sedang China menghadapi ancaman meningkat daripada Barat, ia perlu mempertingkat perusahaan ketenteraan," kata pengulas bidang ketenteraan dan bekas jurulatih Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dalam teknologi peluru berpandu.

Dalam pada itu, Presiden China, Encik Xi Jinping, mendesak parti pembangkang utama Taiwan membantu mencari jalan penyatuan negara berikutan hubungan suram antara Beijing dan pulau itu.

China melihat Taiwan, yang diperintah sendiri secara demokratik, sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan bertekad mengambilnya suatu hari nanti, jika perlu secara paksa. Encik Xi pemimpin paling agresif sejak Encik Mao Zedong yang berkata pengambilan pulau itu tidak dapat dielak. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg