Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peluang kerja, pembangunan dan subsidi antara manifesto PH-BN Selangor

53 tiga tawaran di bawah manifesto diumum pengerusi PH Selangor
Aug 01, 2023 | 02:07 PM



SHAH ALAM: Kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan manifesto Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun, bagi menarik sokongan pengundi pelbagai lapisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu pada 12 Ogos.


Sebanyak 53 tawaran yang diumumkan pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pada malam Isnin merangkumi lima tekad utama, meliputi sektor pendidikan, pembangunan ekonomi, pertanian, keagamaan, prasarana, perumahan dan sukan.

Datuk Amirudin berkata tawaran itu bersandarkan kesinambungan kejayaan, kecemerlangan dan kemakmuran Selangor yang disusun dan dirangka dari mula dengan perancangan jelas serta misi khusus untuk rakyatnya.

“Kita perlu lima tahun lagi untuk teruskan kejayaan yang telah dimulakan. Kandungan tawaran kita menjamin ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti sebagai asas kepada pekerjaan dan pendapatan tinggi untuk rakyat,” katanya ketika mengumumkan manifesto itu di Shah Alam, Selangor.

Menawarkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak muda Selangor adalah antara tawaran paling menarik perhatian di bawah tekad pertama, iaitu Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi.

Datuk Amirudin, yang juga Menteri Besar Selangor sejak 2018, optimis sasaran itu dapat dicapai berdasarkan rekod cemerlang kerajaan pimpinannya bagi penggal lalu, yang berjaya menawarkan 89,000 peluang pekerjaan kepada anak muda Selangor.

“Saya tak cakap kosong. Dari 2018 hingga awal 2023, kita telah tawarkan 89,000 peluang pekerjaan daripada usaha dan tekad industri serta pentadbiran kerajaan negeri.

“Dengan Rancangan Selangor Pertama, garapan pengalaman baru dan dasar yang diumumkan menteri ekonomi, 100,000 peluang pekerjaan ini sangat realistik dan mampu dicapai,”

Beliau turut mengumumkan 13 tawaran lain, antaranya menubuhkan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang; mewujudkan tiga perbandaran baru di Sepang, Sabak Bernam dan sepanjang jajaran Sungai Klang, serta menghubungkan jajaran rel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

Turut ditawarkan ialah peluang kepada 10,000 anak muda di negeri ini untuk menyertai latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama syarikat seperti Apple, Siemens, Festo dan Dassault Systemes di bawah Selangor Training & Development Centre (STDC).

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga berhasrat menawarkan Bantuan Mahasiswa Kita Selangor berjumlah RM1,500 ($443) kepada setiap mahasiswa, baucar pembelian buku bernilai RM200 kepada anak muda dan peluang latihan industri dengan bayaran RM1,500 bagi 2,000 individu.

Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 kepada 3,000 Jemaah Muassasah kali pertama serta meningkatkan elaun imam, bilal, siak dan nazir masjid antara 500 hingga RM1,600 pula ditawar di bawah tekad Agama sebagai Cahaya dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah.

Datuk Amirudin berkata jika terus diberi kepercayaan oleh rakyat, kerajaan PH-BN juga akan mewujudkan Biasiswa Al-Ghazali bagi pelajar tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

Kepentingan masyarakat bukan Islam turut diberi tumpuan dengan meningkatkan peruntukan bagi komuniti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao agar tahap infrastruktur rumah ibadat bukan Islam dapat dipertingkatkan.

Di bawah teras Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap Dan Efisien, katanya, setiap perniagaan dan perkhidmatan kerajaan di Selangor akan melalui transformasi digital sepenuhnya untuk memudahkan urusan individu, syarikat dan agensi di negeri itu.

“Kita juga akan mewujudkan pentadbiran Greater Klang Valley yang melibatkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang sebagai model pentadbiran baru yang mampan dan berteknologi tinggi,” ujar beliau.

Kerajaan Selangor baru di bawah pimpinannya kelak turut menawarkan 200,000 kediaman Kita Selangor berharga RM250,000 ke bawah di bawah tekad Pembangunan Mampan, Selesa, dan Berdaya Huni, yang turut mengandungi 11 tawaran lain.

Datuk Amirudin turut memperincikan 12 tawaran di bawah Selangor Negeri Penyayang yang Membela Kepentingan, yang antara lain, mewujudkan insentif Wanita Kita Selangor dengan jumlah RM1,000 setahun kepada wanita bekerja bagi mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak.

Dengan tawaran dan inisiatif yang dipersembahkan kepada rakyat Selangor itu, Datuk Amirudin mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan tepat dengan memilih parti yang terbukti berjaya membangunkan negeri dan menolak parti ‘copy paste’ pada hari pengundian nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >