Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluru berpandu Russia hujani bandar-bandar Ukraine sedang Kyiv ragui keterbukaan Putin untuk berbincang

Dec 26, 2022 | 4:16 PM
Beberapa bandar di Ukraine terus di serang Russia pada Hari Krismas pada Ahad.
Beberapa bandar di Ukraine terus di serang Russia pada Hari Krismas pada Ahad. - REUTERS

KVIV: Tentera Russia mengebom hebat beberapa bandar di Ukraine pada Hari Krismas sedang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata beliau terbuka kepada rundingan, pendirian yang ditolak Washington kerana serangan berterusan Russia. Russia pada Ahad (25 Dis) melancarkan lebih 10 serangan roket ke atas daerah Kupiansk di wilayah Kharkiv, membedil lebih 25 bandar di sepanjang barisan depan Kupiansk-Lyman, dan di Zaporizhzhia pula hampir 20 bandar diserang, kata komand tertinggi tentera Ukraine. Kementerian pertahanan Russia menyatakan bahawa ia telah membunuh kira-kira 60 askar Ukraine pada Sabtu (24 Dis) di sepanjang barisan depan perang Kupiansk-Lyman dan memusnahkan banyak peralatan tentera Ukraine. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas. Pencerobohan Encik Putin pada 24 Februari lalu ke atas Ukraine - yang Moscow panggil sebagai "operasi ketenteraan khas" - telah mencetuskan konflik Eropah terbesar sejak Perang Dunia Kedua dan konfrontasi antara Moscow dengan kuasa Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962. Walaupun ada tawaran terbaru Encik Putin untuk berunding, konflik selama 10 bulan itu belum nampak ada kesudahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg