Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peluru berpandu tersasar ke Poland milik Ukraine, bukan Russia

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



WARSAW: Sebuah peluru berpandu sesat yang terhempas di Poland dan meragut nyawa dua mangsa disahkan milik tentera Ukraine dan bukannya serangan Russia, seperti mana didakwa sebelum ini.



Kenyataan rasmi itu sekali gus menghapuskan kebimbangan antarabangsa bahawa perang boleh merentasi sempadan kerana Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) perlu mempertahankan Poland, yang merupakan menganggotainya.



Bagaimanapun, Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, tetap menyalahkan Russia kerana memulakan perang dengan menceroboh Ukraine pada Februari lalu dan melancarkan beberapa peluru berpandu pada Selasa lalu hingga mencetuskan kebimbangan pertahanan Ukraine.



"Ini bukan salah Ukraine. Russia harus pikul tanggungjawab muktamad kerana ia meneruskan perang haramnya ke atas Ukraine," katanya.



Susulan itu, Duta Nato mengadakan rundingan tergempar untuk bertindak balas terhadap letupan yang mengorbankan dua orang di kemudahan bijirin di Poland berhampiran sempadan Ukraine.



"Daripada maklumat yang kami terima dan ada pada sekutu kami, ia adalah roket lama jenis S-300 buatan Kesatuan Soviet yang kini digunakan baik oleh tentera Russia mahupun Ukraine.



"Kemungkinan besar ia dilancarkan oleh pertahanan antipesawat Ukraine," kata Presiden Poland, Encik Andrzej Duda.



Ia dikatakan jatuh di perkampungan Przewodow, Poland, yang terletak berdekatan sempadan Ukraine.



Bagaimanapun, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menegaskan pada awalnya "ia bukan peluru berpandu Ukraine" dan menggesa Ukraine dimasukkan dalam penyiasatan tapak letupan di Poland untuk menentukan fakta.



Malah, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, yang dipetik agensi berita Sputnik, berkata berdasarkan trajektori peluru berpandu yang mendarat di Poland itu, adalah 'mustahil' ia dilancarkan dari Russia.



Susulan kenyataan bercanggah Ukraine, jurucakap Jabatan Negara di Washington berkata, mereka menyedari komen Encik Zelensky, tetapi tidak mempunyai sebarang maklumat yang bercanggah dengan penemuan awal Poland.



Sebaliknya, Kementerian Pertahanan Russia berkata, tiada satu pun peluru berpandunya melakukan serangan lebih daripada 35 kilometer dari sempadan Poland, dan gambar serpihan di Poland menunjukkan ciri-ciri peluru berpandu pertahanan udara S-300 Ukraine.



Berikutan itu, Poland menyatakan ia mungkin roket S-300 lama, sistem peluru berpandu era Kesatuan Soviet yang digunakan oleh Russia dan Ukraine, sekali gus memberi kelegaan terhadap kebimbangan diseret ke kancah peperangan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >