Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemaju sangkal tuduhan Forest City di JB 'projek gagal'

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pemaju induk Forest City menyangkal tuduhan bahawa ia adalah "projek gagal".



Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) berkata cerita tentang "bandar hantu" yang dihebahkan secara meluas hanyalah "taktik menakut-nakutkan" yang digunakan untuk menggentarkan bakal pembeli, pelabur dan penduduk.



CGPV, dalam satu kenyataan kepada New Straits Times (NST), berkata adalah tidak adil untuk menjenamakan projek itu, yang dilaporkan akan siap sepenuhnya menjelang 2035, sebagai satu kegagalan kerana ia baru dimulakan tujuh tahun lalu.



Ia berkata sejak projek itu dibangunkan oleh syarikat China, kebanyakan penulisan dan laporan media yang kritikal juga didorong oleh tanggapan salah terhadap China.



"Atas dasar apa projek ini dikatakan gagal? Ini adalah projek jangka panjang dan masih jauh lagi perjalanan kita. Adalah tidak adil bagi sesiapa sahaja untuk menjenamakan projek ini sebagai projek yang gagal.



"Dalam tujuh tahun, kami pada asasnya hanya meletakkan asas pembangunan dan masih banyak lagi aktiviti dan projek yang sedang dalam perancangan," kata pemaju itu.



Terdapat banyak laporan yang mendakwa projek mega itu telah gagal, termasuk saluran YouTube yang meletakkan usaha itu sebagai "projek mega kedua paling tidak berguna di dunia".



Buat masa ini, terdapat 6,000 penduduk di kawasan pembangunan itu termasuk pemilik rumah dan penyewa perniagaan.



"Terletak 2 kilometer dari Singapura dan berhampiran pusat pentadbiran kerajaan negeri dan zon ekonomi Iskandar Malaysia, Forest City merupakan pilihan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran kita dan kawasan sekitar.



"Unit kediaman di Forest City juga sedang disewakan kepada kilang-kilang di sekitar Gelang Patah untuk dijadikan asrama pekerja," katanya.



CGPV berkata label "bandar hantu" dibuat berdasarkan persepsi berat sebelah tanpa mengambil kira situasi sebenar.



"Tuduhan bahawa Forest City adalah bandar hantu ditimbulkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Apabila negara dilanda pandemik Covid-19, syarikat kami mengambil langkah tegas dan mematuhi sekatan PKP untuk memastikan kesejahteraan pekerja dan penduduk.



"Akibatnya, kerja-kerja penyelenggaraan landskap dan kemudahan jatuh di bawah paras optimum menyebabkan kawasan itu tidak terurus.



"Tuduhan dibuat berdasarkan persepsi berat sebelah tanpa mengambil kira faktor semasa yang mempengaruhi keadaan."



Pandemik juga telah menjejaskan banyak perniagaan kecil di kawasan itu.



"PKP dan ketiadaan pengunjung menjejaskan perniagaan kecil. Keadaan kini kembali normal.



"CGPV sedang giat menjalankan aktiviti mempromosikan Forest City dengan tujuan menarik pengunjung dan meningkatkan trafik ke bandar.



"Kami menganjurkan pesta, perayaan dan program tarikan orang ramai untuk menggalakkan pemilik perniagaan menubuhkan perniagaan mereka di sini," katanya sambil menambah kedai bebas cukai keempat itu dijangka dibuka tidak lama lagi.



Jumlah pelaburan Forest City telah melebihi RM20 bilion ($6.04 bilion), dengan jumlah kawasan tebus guna yang dirancang seluas 20 kilometer persegi.



Sehingga kini, kawasan penambakan yang telah siap adalah kira-kira 2.83 kilometer persegi.



Kemudahan yang dibuka termasuk ruang runcit, galeri jualan, dua hotel, unit komersial, resort golf, kemudahan MJ Healthcare, Sekolah Antarabangsa Shattuck-St Mary's Forest City dan taman air.



Ia juga telah menubuhkan kilang pembuatan Sistem Binaan Perindustrian (IBS) terbesar, yang memasuki Buku Rekod Malaysia kerana menjadi kilang IBS automatik sepenuhnya terbesar di Malaysia.



Forest City telah membayar sekitar RM759 juta dalam bentuk cukai dan yuran kepada badan kerajaan dan mewujudkan 11,077 peluang pekerjaan untuk industri huluan dan hiliran.




"Tuduhan dibuat berdasarkan persepsi berat sebelah tanpa mengambil kira faktor semasa yang mempengaruhi keadaan."



- Pemaju induk Forest City, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >