Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah di M'sia tidak lagi diwajibkan

Sep 11, 2022 | 5:30 AM
297133de-2338-4c52-a767-3c4384d6770e
-

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah di Malaysia tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menerusi video di Facebooknya, Datuk Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang.

"Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan untuk memakai pelitup pada setiap masa.

"Apa yang paling penting, kita pastikan keadaan sekolah selamat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah akan disertakan dalam kenyataan media yang akan dikeluarkan semalam.

Datuk Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 September lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu.

KKM sebelum menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, berkata bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

Namun, katanya, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi situasi kes positif Covid-19 yang perlu ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk menjalani penilaian kesihatan.

"Juga, (semasa) menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah dan semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya," kata beliau.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian situasi Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg