Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jel 5 tahun bagi pemandu lori yang sebabkan kemalangan di M'sia, ragut nyawa empat anak-beranak dari S'pura

Jul 20, 2019 | 05:30 AM



PORT DICKSON: Seorang pemandu lori berusia 55 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana cuai memandu dan menyebabkan kematian empat anggota keluarga Singapura pada Januari tahun lalu.



Majistret Siti Khairiah Abdul Razak juga mengarahkan pemandu itu, P. Mani, untuk membayar denda RM40,000 ($13,217).



Jika tidak, dia harus menjalani hukuman penjara selama empat tahun, lapor The Star.



Tertuduh sebelum ini didakwa menyebabkan kematian Encik Rosli Samad, 53 tahun; Cik Maimunah Sapari, 50 tahun; dan dua anak mereka, Cik Nur Amalina, 20 tahun; dan Dayana Sarah, 17 tahun.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Sepang-Lukut pada 2.30 petang, pada 3 Januari 2018.



Selain itu, lesen memandunya juga digantung selama tiga tahun.



Sebelum ini Mani tidak mengaku salah atas tuduhan itu pada Mac tahun lalu.



Majistret Siti Khairiah mengarahkan dia dipenjara lima tahun atau didenda RM10,000 bagi setiap kesalahan.



Bagaimanpun, hukuman penjara itu dijalankan serentak.



"Kami reda dengan keputusan mahkamah," kata adik Allahyarhamha Maimunah, Encik Ismail Sapari, 49 tahun.



"Ini semua takdir dan kami tidak berdendam atau rasa apa-apa," tambahnya.



Berita Harian (BH) melaporkan sebelum ini bahawa empat anggota keluarga itu telah bercuti ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Honda Stream putih yang dipinjamkan adik Encik Rosli, Encik Rahmat Samad, dan bertolak dari Singapura pada 1 Januari 2018.



Namun, percutian mereka berakhir dengan tragedi apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Sepang menuju ke Seremban di simpang tiga Lukut-Sepang, Port Dickson, pada 3 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >