Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemandu teksi KL cadang tubuh kesatuan perjuang hak dan nasib
Turut rancang perhimpunan aman mohon kerajaan rombak suruhanjaya pengangkutan darat

Oct 23, 2015 | 5:30 AM
Pemandu teksi KL cadang tubuh kesatuan perjuang hak dan nasib
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemandu teksi di Lembah Klang yang mendakwa terjejas akibat kewujudan perkhidmatan teksi dalam talian seperti GrabCar dan Uber bercadang menubuhkan sebuah kesatuan bagi membela nasib semua pemandu teksi di negara ini.
Cadangan tersebut diusulkan oleh peguam, Encik R. Kengadharan, di majlis perjumpaan bersama 600 pemandu teksi di sebuah restoran di Sentul, di sini Rabu.