Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemandu tua ditumbuk di Muar lepas nahas gara-gara pusingan U

Nov 28, 2016 | 12:22 PM



MUAR: Seorang pemandu tua yang membuat pusingan U secara tiba-tiba ditumbuk hingga terpaksa menerima 20 jahitan di bibir, oleh seorang pemandu lain yang merempuh keretanya dari belakang, pada Ahad (27 Nov).



Encik Khoo Boon Khang, 75 tahun, membuat pusingan U di Jalan Abdul Rahman. Pemandu di belakang beliau tidak sempat berhenti lalu merempuh kereta Perodua Viva beliau.



Rakannya, yang enggan dikenali, berkata beliau sedang berjalan di kawasan itu apabila ternampak Encik Khoo, yang berkemeja-T putih berlumuran darah, bercakap kepada pemandu lain itu pada kira-kira 9 pagi.



"Saya terkejut apabila melihat kesan darah pada bajunya dan segera menghampirinya. Saya pada mulanya menyangka dia cedera dalam kemalangan kereta," katanya.



Beliau menambah bahawa Encik Khoo mengalami pendarahan teruk, dan kemudian membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.



Rakan itu berkata Encik Khoo sedang menuju ke bengkel untuk menghantar keretanya bagi pembaikan.



"Bagaimanapun, bengkel tersebut telah ditutup dan dia memutuskan untuk membuat pusingan U untuk pulang ke rumah," katanya, sambil menambah beliau percaya itu yang menyebabkan kemalangan tersebut.



Beliau mendakwa walaupun Encik Khoo meminta maaf, pemandu itu menumbuk mukanya.



Rakan itu mendakwa pemandu berkenaan kemudian meminta maaf kepada Encik Khoo dan keluarganya. Encik Khoo membuat laporan polis dan enggan mengulas mengenai kejadian itu.



Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Muar, Penolong Pesuruhjaya Azman Ayob, berkata kes itu disiasat di bawah kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan ugutan jenayah.



"Polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 40-an tahun untuk membantu siasatan," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >