Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemansuhan hukuman mati mandatori M'sia: Tinjauan awam akan diadakan

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan mengadakan tinjauan awam dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tindakan itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan berkait pemansuhan hukuman berkenaan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.



"Kita akan membuat tinjauan awam sebelum pindaan itu dibentangkan di Parlimen. Kita akan menerima maklum balas sebagaimana kita lakukan berhubung undang-undang antilompat parti yang mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden.



"Kalau berlaku tentangan (bilangan yang menolak lebih tinggi), kita akan membawa kembali pindaan kepada Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan selanjutnya.



"Mengenai pindaan ini, saya yakin Jabatan Peguam Negara sudah bersedia dengan pembentangan bacaan kali pertama pada Oktober depan. Saya cukup yakin bahawa tiada halangan di Dewan Rakyat dan seterusnya Dewan Negara pada Disember depan. Malah, Yang di-Pertuan Agong sangat peka dengan persoalan ini," katanya pada sidang media, di sini, semalam.



Beliau berkata kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan satu tribunal bagi mengkaji hukuman terhadap banduan akhir selepas pindaan pemansuhan hukuman mati mandatori diselesaikan.



Dr Wan Junaidi berkata, setakat ini terdapat 1,342 orang banduan telah dijatuhkan hukuman mati.



"Dalam hal ini, moratorium pelaksanaan hukuman mati masih dikekalkan sehingga tindakan susulan berkaitan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati termasuk akta-akta berkaitan dilaksanakan," katanya.



Menurutnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang(BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengkaji dan meneliti kebolehlaksanaan syor-syor yang dikemukakan untuk banduan tersebut.



"Cadangan mereka adalah penubuhan Panel Khas yang terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan namun perkara ini perlu penelitian memandangkan ia menyentuh isu keperlembagaan," katanya.



Sebelum ini, pelaksanaan hukuman mati banduan akhir ditangguhkan berikutan pengumuman moratorium oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak 2018 yang mahu mengkaji hukuman mati sebagai langkah reformasi perundangan negara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >