Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembakaran terbuka: Tindakan tegas diambil pihak berkuasa M'sia

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Enam kertas siasatan mengenai pembakaran terbuka telah dibuat dengan tindakan tegas diambil terhadap pelaku, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.



Beliau berkata jerebu di Lembah Klang adalah disebabkan oleh pembakaran tanah gambut dan kebakaran hutan yang meliputi lebih 34 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sejak 24 Februari.



Sehingga Isnin lalu, tambahnya, sebanyak 17 kawasan terbakar di seluruh negara, menyumbang kepada Indeks Pencemar Udara (IPU) yang kurang baik.



"Saya sudah mengarahkan JAS (Jabatan Alam Sekitar) untuk menjalankan siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kes-kes pembakaran terbuka.



"Setakat ini, JAS sudah membuka enam kertas siasatan, mengeluarkan satu kompaun dan empat notis arahan serta arahan di lapangan.



"Tindakan tegas telah diambil kepada pemilik tanah, operator tapak pelupusan sampah dan pelaku yang menyebabkan pembakaran terbuka hingga menjejaskan mutu udara," katanya.



Mengenai 17 kawasan yang terbakar itu pula, 10 adalah kebakaran hutan dan pembakaran tanah gambut.



Tujuh daripadanya berada di tempat pelupusan sampah, kata Datuk Tuan Ibrahim kelmarin (2 Mac) sambil menambah bahawa negeri itu termasuk Selangor, Johor, Pahang dan Kelantan.



Beliau juga memaklumkan kejadian pembakaran terbuka daripada kegiatan pertanian tanah gambut di Johan Setia, Klang, yang dikesan pada 5 Februari lalu dan kebakaran belukar di Rompin.



Datuk Tuan Ibrahim berkata kementeriannya telah meningkatkan penguatkuasaan kerana terdapat banyak kegiatan pembakaran secara terbuka untuk membersihkan ladang pada musim panas sekarang, yang menyumbang kepada keadaan jerebu setempat.



Sehingga kelmarin, tujuh kawasan mencatatkan bacaan status kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu lima di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Pahang.



Kawasan berkenaan ialah di Johan Setia, Klang dengan IPU188; Banting (167); Petaling Jaya (133); Klang (107); Shah Alam (104); Cheras (111); dan Rompin (133).



Beliau memaklumkan bahawa rancangan tindakan pencegahan pembakaran terbuka dan prosedur operasi standard (SOP) untuk melaksanakan program pencegahan pembakaran tanah gambut telah dilaksanakan pada 9 Februari.



Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitaran 1974, mereka yang disabitkan dengan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda RM500,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.



"Kami juga boleh mengeluarkan kompaun maksimum RM2,000 di tempat kejadian," kata Datuk Tuan Ibrahim.



Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi, tidak banyak hujan yang akan turun di seluruh Malaysia, terutamanya di negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang, kawasan pedalaman Pahang, utara Perak, Terengganu dan Kelantan.



Mereka yang terlibat dalam aktiviti perindustrian dan kerja tanah harus mengambil keadaan masa kering dan panas sekarang, ujar jabatan itu. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >