Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembangkang dakwa kerajaan 'tutup mulut' pengkritik

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa kerajaan sedang menggunakan kuasa untuk 'menutup mulut' pada pengkritik, sekali gus memastikan mereka terus berkuasa tanpa penelitian.



Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Encik Wan Saiful Wan Jan, mendakwa terdapat aktivis media sosial yang cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) yang menerima notis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi meminta individu berkenaan menyerahkan kata laluan untuk telefon bijak serta akaun Facebook.



Notis lain yang diterima, dakwa Wan Saiful, membabitkan rampasan telefon bimbit serta kad SIM seseorang, serta aktivis yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.



"Seorang ahli Dewan Rakyat juga dipanggil pihak berkuasa kerana menerbitkan bahan dianggap tidak sesuai atau mencabar kerajaan.



"AP (Ahli Parlimen) pun dipanggil... mana kebenaran kata-kata menteri tadi bahawa mereka tidak menggunakan undang-undang dan agensi kerajaan untuk kepentingan diri?" kata Encik Wan Saiful dalam satu sidang media di bangunan Parlimen Selasa.



Awal sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, memberitahu Dewan Rakyat (Parlimen) bahawa kerajaan tidak akan meminta mana-mana penyedia platform media sosial untuk menyekat akaun penggunanya.



Sebaliknya, beliau menjelaskan, perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk platform media sosial membawa kepada sekatan ke atas kandungan tertentu, bukannya pemilik akaun secara individu.



Beliau menambah, sebanyak 197 kandungan telah diturunkan dari platform media sosial sepanjang bulan lalu.



Mengulas jaminan yang diberikan itu, Encik Wan Saiful berkata sukar bagi beliau mempercayai bahawa tindakan yang diambil kerajaan sekiranya ia menapis kandungan media sosial ialah demi kepentingan rakyat dan menjaga perpaduan.



"Saya sukar nak percaya jawapan menteri kerana saya ada bukti kerajaan menggunakan kuasa, mempergunakan agensi penguatkuasa bukan untuk jaga rakyat tetapi jaga diri sendiri dan kerajaan," katanya, sambil menegaskan beliau menuntut kerajaan memberi kepastian tiada sekatan dikenakan terhadap kebebasan bersuara di negara ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >