Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembangkang desak Najib letak jawatan susuli tindakan sivil AS berkaitan 1MDB

Jul 21, 2016 | 11:55 AM
Datuk Seri Najib Razak tiba bagi satu sidang akhbar di sebuah masjid di luar Kuala Lumpur pada 5 Julai.
Datuk Seri Najib Razak tiba bagi satu sidang akhbar di sebuah masjid di luar Kuala Lumpur pada 5 Julai. - REUTERS

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti pembangkang Malaysia mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan pada Khamis (21 Julai), selepas pendakwa raya Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang berkaitan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata kerajaan juga harus mendesak agar sebuah Suruhanjaya Bebas menyiasat dakwaan rasuah yang digariskan oleh saman sivil yang difailkan di California pada Rabu itu.

"Saya percaya rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Najib pergi bercuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak mewujudkan tanggapan penyalahgunaan kuasa atau proses untuk menghentikan atau menghalang siasatan penuh dan telus mengenai isu amat serius ini," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.

Jabatan Kehakiman Amerika bertindak pada Rabu untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion ($1.35 bilion), termasuk hartanah mewah, jet dan lukisan, yang didakwanya dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Ia mendakwa wang berbilion-bilion dolar dipindahkan daripada 1MDB oleh anak tiri Datuk Seri Najib, seorang rakan keluarganya dan para pegawai lain.

Syarikat itu dulu diselia oleh Datuk Seri Najib. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg