Premium
Pembangkang Russia tidak sedar diri dikatakan diracuni
Aug 22, 2020 | 5:30 AM
LANTANG BERSUARA: Navalny yang merupakan seorang peguam terkenal dengan kelantangannya menyuarakan isu rasuah selain turut mengkritik secara terang-terangan terhadap Presiden Russia, Vladimir Putin. - Foto AFP -
MOSCOW: KETUA Pembangkang Russia, Alexei Navalny dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah didakwa diracuni ketika dalam penerbangannya dari Siberia ke Moscow pada Khamis lalu.
Menurut jurucakap Kira Yarmysh, Navalny dipercayai diracun melalui bahan yang dicampur ke dalam minumannya sebelum beliau mula tidak sedarkan diri menyebabkan pesawat yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan cemas.

