Premium
Pembantu rumah dari Kemboja semakin popular di Malaysia
Feb 13, 2016 | 5:30 AM
PERNAH ADA PEMBANTU RUMAH KEMBOJA: Cik Ida Adiba bersama keluarganya menatap gambar kenangan bersama bekas pembantu rumah mereka dari Kemboja. - Foto HARIAN METRO -
KUALA LUMPUR: Cantik, berkulit putih gebu, sopan, pandai buat kerja rumah, selain faktor latar belakang agama dan budaya mirip orang Melayu menjadikan permintaan terhadap amah Kemboja ibarat pisang goreng panas dalam kalangan majikan di Malaysia.
Permintaan tinggi terhadap amah Kemboja diakui sukarelawan yang kerap berulang-alik ke negara itu bagi menjalankan kerja kebajikan selain pernah menjadi "ejen" pembantu rumah tidak rasmi.

