Premium
Kabinet M'sia akan bincang dengan S'pura
Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan tetap teruskan projek rel rentas sempadan JB-Singapura
projekKereta Api Berkelajuan TinggiHSRpedra brancapulau batu putihKabinet MalaysiaSingapuraTun Dr Mahathir Mohamad
May 31, 2018 | 5:30 AM
REKAAN MENGAGUMKAN: Stesen Bandar Malaysia merupakan stesen pertama yang menjadi mercu tanda bagi HSR KL-S'pura, yang bertindak sebagai 'pintu pelepasan' untuk mereka yang datang ke negara itu. Stesen Bandar Malaysia ini direka menurut pengaruh geometri yang diilhamkan daripada pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Menyusuli peralihan pentadbiran kerajaan, projek ini telah dibatalkan. - Foto EDELMAN -
PUTRAJAYA: Kabinet Malaysia bersetuju membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disebabkan kosnya yang tinggi, tertakluk pada perbincangan bersama pemerintah Singapura, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Bagaimanapun, rancangan membina laluan Sistem Transit Rapid (RTS) rentas sempadan antara Johor Bahru dan Singapura akan diteruskan, tetapi dengan melihat cara mengurangkan kos, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

