Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembedahan plastik popular di kalangan wanita Saudi

Trend meningkat 7 peratus pada 2014 berbanding 2012
Dec 14, 2015 | 04:11 PM



JEDDAH (Arab Saudi): Populariti pembedahan kosmetik untuk wanita kini meningkat dengan lebih ramai wanita Arab Saudi melakukannya sejak beberapa tahun lalu, lapor Arab News hari ini.


Menurut laporan akhbar dalam talian Arab Saudi itu, tindakan melakukan pembedahan kosmetik membuat wanita "berasa lebih berkuasa memandangkan ia adalah sesuatu yang berada di luar norma kecantikan".


Mengakui melakukan pembedahan tersebut, seorang wanita Saudi yang hanya dikenali sebagai 'Sadia' ditukil sebagai berkata:


"Pada usia 38 tahun, saya mempunyai wajah dan badan yang seharusnya saya miliki. Sebelum ini, bahagian lengan saya adalah besar dan gempal, tidak menampakkan keadaan jasmani yang saya nikmati pada umur 20an tahun.


"Pembedahan kosmetik membantu mengembalikan bentuk badan saya yang saya usahakan menerusi senaman di gimnasium selain meningkatkan keyakinan saya terhadap bentuk badan yang ingin saya miliki setelah hilang keyakinan terhadap," ujar beliau.


Namun, faktor yang mendorong kebanyakan wanita di Arab Saudi melakukan pembedahan kosmetik adalah berkaitan isu perkahwinan.


Tekanan untuk tampil menarik telah menyebabkan permintaan bagi pembedahan kosmetik dan prosedur lain berkaitan dengannya meningkat.


Pakar bedah kosmetik Dr Sarah H berkata, sebab kebanyakan wanita berusia 30 hingga 65 tahun tertarik dengan pembedahan kosmetik adalah kerana mereka ingin kelihatan muda dan berwajah baru.


"Orang-orang di sini berpengetahuan tentang pembedahan plastik. Yang mengkagumkan ialah, mereka datang dalam keadaan mereka mengetahui dengan begitu mendalam tentang pembedahan plastik. Amat menakjubkan bila mereka mengetahui pelbagai jenis pembedahan dan teknik terbaru dari Internet," ujarnya.


Seorang wanita Saudi yang enggan identitinya diketahui, baru-baru ini melakukan pembedahan kosmetik untuk mengembalikan wajah mudanya demi mengekalkan minat suami terhadapnya, selepas beliau mengetahui suaminya mengahwini seorang gadis yang lebih muda dan lebih cantik daripadanya.


Beliau menjalani lima hingga enam pembedahan, termasuk peningkatan wajah, Botox dan pembedahan membetulkan hidung demi kelihatan muda.


"Selepas mempunyai anak dan sibuk dengan kerja rumah, seseorang wanita secara automatik akan berhenti menjaga dirinya. Saya sangat sibuk dengan segalanya dan bila suami saya mula mendapati saya tidak lagi kelihatan menarik, saya berasa murung, dan untuk mengembalikan kecantikan saya, pembedahan kosmetiklah jawapannya," ujar beliau.


Beberapa wanita berkata, alasan mereka menjalani pembedahan itu adalah untuk menangani isu keyakinan terhadap badan mereka, berbanding terapi.


"Mereka datang dengan tekanan emosi dan fizikal. Kita adakala berperanan sebagai ahli psikologi untuk pesakit yang murung yang datang untuk melakukan pembedahan untuk meningkatkan keyakinan diri atau menggembirakan suami mereka sendiri," kata Dr Diana, seorang konsultan pembedahan plastik.


Tambahnya, adalah penting untuk pesakit bersedia menjalani pembedahan daripada melakukannya secara terburu-buru kerana ia adakala mengecewakan mereka yang ingin menikmati perubahan lebih ketara.


Menurut sebuah akhbar harian Saudi, warga Saudi membelanjakan kira-kira SR826 juta ($310 juta) terhadap pembedahan plastik dan peratusan mereka yang melakukan pembedahan kosmetik meningkat 7 peratus pada 2014 berbanding 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >