Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembocor data pesakit HIV di S'pura mengaku tidak bersalah ceroboh hartanah ibunya di Amerika

Feb 19, 2019 | 05:30 PM



WINCHESTER (Kentucy): Mikhy Farrera Brochez, warga Amerika di tengah-tengah kebocoran pangkalan data HIV baru-baru ini di Singapura, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan menceroboh hartanah ibunya di Kentucky.



Brochez memberitahu hakim Mahkamah Daerah Charles W Hardin kelmarin dia difahamkan bahawa ibunya tidak ingin meneruskan tuduhan tersebut.



“Kes ini menyebabkan saya digantung kerja, saya tidak dapat menyara diri saya sendiri,” katanya di Mahkamah Daerah Clark County di Winchester, lapor akhbar The Straits Times.



Brochez sebelum ini memberitahu akhbar itu berita mengenai kebocoran data HIV itu menyebabkan dia kehilangan pekerjaannya.



Hakim Hardin memberitahu Brochez, 34 tahun, apabila tuduhan telah diajukan, ia menjadi kes negeri itu dan bukan lagi kes ibunya.



Brochez, yang dihantar pulang dari Singapura selepas menjalani hukuman penjara kerana beberapa kesalahan penipuan dan dadah, ditangkap kerana kesalahan pencerobhan di rumah ibunya, Cik Teresa King, pada 8 Disember lalu di Clark County, Kentucky.



Dia diberi amaran supaya jangan pergi ke rumah ibunya lagi selepas melakukannya pada 27 September, menurut dokumen mahkamah. Walaupun diarahkan berulang kali supaya beredar dari situ, Brochez tetap bertanya mengenai harta miliknya yang dikatakan disimpan oleh Cik King, menurut aduan selepas penangkapan yang dilihat oleh The Straits Times.


Barochez memberitahu Hakim Hardin dia diberitahu kes itu akan digugurkan tetapi pemerintah Singapura mungkin campur tangan.



Hakim menjawab: “Saya tidak tahu apa-apa tentang itu, tuan.”



Brochez dinamakan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura bulan lepas sebagai orang yang membocorkan dalam talian maklumat peribadi 14,200 individu yang mempunyai HIV.



Sabtu lalu, Perkhidmatan Penjara Singapura membuat laporan polis selepas Brochez menghantar e-mel secara haram, mendedahkan butiran 13 orang yang positif HIV yang dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Kompleks Penjara Changi pada 2018.



Rakan Brochez, Ler Teck Siang, ketua Unit Kesihatan Awam Kebangsaan MOH dari Mac 2012 hingga Mei 2013 dan mempunyai akses kepada Pejabat Pendaftaran HIV kedana kerjanya.



Ler telah didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana tidak melaksanaan penjagaan munasabah terhadap maklumat sulit mengenai pesakit positif HIV.



Brochez dijadualkan hadir di mahkamah lagi pada 4 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >