Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembuat vaksin Covid-19 tunggu kebenaran untuk digunakan

Nov 19, 2020 | 5:30 AM
7a159c1c-4f2c-4547-b805-71e2cf04046c
-

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc, Encik Albert Bourla, berkata satu kejayaan penting telah dicapai dalam kajian vaksin Covid-19 firmanya, dan pembuat ubat itu kini bersiap sedia mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan daripada pengawal selia Amerika Syarikat.

Bercakap di satu sidang maya yang dihoskan New York Times kelmarin, Encik Bourla berkata syarikat itu sedang bersiap untuk menyerahkan datanya kepada Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika (FDA).

Minggu lalu, Pfizer dan rakan firmanya BioNTech SE melaporkan bahawa satu analisis sementara menunjukkan vaksin ujian mereka lebih 90 peratus berkesan dalam mencegah kes bergejala Covid-19.

"Kami sedang siapkan untuk menghantarnya," kata Encik Bourla tanpa menyatakan bila pihaknya akan mengajukan kebenaran bagi penggunaan kecemasan itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg