Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembukaan sempadan China dijangka rangsang ekon dunia

Jan 17, 2023 | 5:30 AM
KEMBALI BERSEMANGAT: Orang ramai dilihat mengunjungi pasar malam di bandar Ruili, daerah Dehong, di wilayah Yunnan, barat China, pada 13 Januari lalu. Bandar itu perlahan-lahan kembali hidup apabila Beijing menamatkan strategi sifar-Covid selepas bertahun-tahun melaksanakan sekatan ketat hingga melelahkan penduduknya. - Foto AFP
KEMBALI BERSEMANGAT: Orang ramai dilihat mengunjungi pasar malam di bandar Ruili, daerah Dehong, di wilayah Yunnan, barat China, pada 13 Januari lalu. Bandar itu perlahan-lahan kembali hidup apabila Beijing menamatkan strategi sifar-Covid selepas bertahun-tahun melaksanakan sekatan ketat hingga melelahkan penduduknya. - Foto AFP -

BEIJING: Pembukaan semula sempadan oleh China dijangka merangsangkan ekonomi dunia yang lembap.

Dorongan pertumbuhan akan dirasai melalui sektor perkhidmatan seperti penerbangan, pelancongan dan pendidikan apabila rakyat China mengemas beg mereka untuk perjalanan antarabangsa buat kali pertama sejak wabak koronavirus melanda, dan bermula dari negara itu.

Negara-negara yang bergantung kepada pelancongan di Asia Tenggara mungkin akan menjadi antara yang pertama mencatat peningkatan, dengan ekonomi maju turut mendapat manfaat daripada 'kepulangan' pelawat China.

Walaupun pemulihan ekonomi China dijangka bergelora, peralihan Covid-19 yang dramatik akan kembali mengukuhkan sektor hartanah yang lembap. Itu akan memberi dorongan kepada pengeluar komoditi seperti Chile dan Brazil.

Kesannya sudah mengalir melalui pasaran kewangan.

Harga tembaga telah melonjak melebihi AS$9,000 ($11,871) bagi satu tan untuk kami pertama li sejak Jun, menggambarkan nilai saham perlombongan Australia yang semakin meningkat pada paras tertinggi sepanjang masa dan mata wang peso Chile turut menikmati rentetan keuntungan terbaik sejak Ogos, semuanya setelah China membuka semula taruhannya.

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu lalu menyifatkan peralihan China daripada sifar-Covid berkemungkinan satu-satunya faktor paling penting untuk pertumbuhan global pada 2023.

Ini bermakna China boleh dilihat menjadi penyumbang positif kepada pertumbuhan ekonomi global secara setara mulai sekitar pertengahan tahun ini.

"Pembukaan semula China akan memberikan kejutan yang sangat diperlukan kepada pertumbuhan global," kata Dr Frederic Neumann, ketua ekonomi Asia di HSBC Holdings.

"Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, mempercepatkan perbelanjaan isi rumah dan pelaburan China akan membantu meletakkan lantai di bawah perdagangan global pada masa permintaan di Barat semakin goyah."

Untuk perkhidmatan, China menjangkakan jumlah penerbangan antarabangsa akan pulih antara 15-25 peratus serupa tahap prapandemik menjelang akhir Mac ini.

Penganalisis Barclays Plc menjangkakan lonjakan dalam pelancongan ke luar negara dan data nota daripada Ctrip International yang menunjukkan tempahan perjalanan antarabangsa untuk cuti Tahun Baru Cina akan melonjak sebanyak 260 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mereka berkata ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia akan menjadi antara penerima faedahnya.

Sebelum Covid-19, China mengalami defisit perkhidmatan AS$260 bilion - 85 peratus daripadanya disebabkan pelancongan ke luar negara, menurut Barclays.

Tempat tumpuan pelancong di Asia Tenggara termasuk Thailand dan Vietnam juga menantikan kedatangan pelawat China.

Thailand menarik kira-kira 11.5 juta pelawat asing tahun lalu, jauh menurun daripada 40 juta sebelum wabak Covid-19 pada 2019 - apabila hampir satu perempat adalah dari China.

Kerajaan Thailand menjangkakan 25 juta pelawat asing tahun ini. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg