Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pembunuh Altantuya ditahan di Australia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pembunuh Altantuya ditahan di Australia

Jan 21, 2015 | 01:50 PM

PETALING JAYA: Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia, lapor ABC News Australia.

Menurut agensi berita itu, Sirul, 43 tahun, diletakkan dibawah jagaan pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk diekstradisi.

Sirul dipercayai pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu.

Namun, dia dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul pada 13 Januari lalu, mengeluarkan waran tangkap selepas anggota UTK itu gagal hadir ke mahkamah semasa keputusan dibacakan.

Media Australia sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia mungkin tidak akan meluluskan permohonan Malaysia bagi mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana negara itu tidak mengiktiraf hukuman mati. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3