Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembunuh bersiri Jepun pikat orang cenderung bunuh diri guna Twitter dihukum mati

Dec 16, 2020 | 5:30 AM
DISABIT KESALAHAN: Takahiro Shiraishi (menutup muka) membunuh lapan wanita berusia 15 tahun hingga 26 tahun dan seorang lelaki, teman salah seorang wanita yang hilang. - Foto AFP
DISABIT KESALAHAN: Takahiro Shiraishi (menutup muka) membunuh lapan wanita berusia 15 tahun hingga 26 tahun dan seorang lelaki, teman salah seorang wanita yang hilang. - Foto AFP -

TOKYO: Takahiro Shiraishi, lelaki yang menggunakan Twitter untuk memikat wanita yang didapati cenderung membunuh diri agar datang ke rumahnya, di mana dia memberi dadah, merompak, merogol dan membunuh mereka sebelum mengerat-ngerat mayat mereka, semalam dijatuhkan hukuman mati.

Polis menemui sembilan kepala manusia dan 240 tulang yang tersimpan di dalam kotak pendingin di pangsapuri kecilnya seluas 13.5 meter persegi pada hari perayaan Halloween 2017. Rumahnya di bandar Zama, 90 minit perjalanan dari pusat Tokyo, digelar media Jepun sebagai "rumah yang mengerikan".

Sembilan pembunuhan itu berlaku selama tiga bulan dari Ogos hingga Oktober 2017.

Lapan mangsa wanita berusia 15 tahun hingga 26 tahun. Satu-satunya lelaki adalah kenalan salah seorang wanita yang hilang, dan terbunuh ketika beliau hampir mengetahui kejahatan Shiraishi.

Shiraishi, yang kini berusia 30 tahun, mengaku bersalah atas semua tuduhan terhadapnya selama perbicaraannya, yang merangkumi 23 perbicaraan tertumpu pada tahap kesalahannya.

Peguam belanya berpendapat bahawa pembunuhan itu adalah "konsensual" dan harus dianggap sebagai tuduhan pembunuhan lebih rendah dengan persetujuan.

Ketua Hakim Naokuni Yano, bagaimanapun, menolak pembelaan itu.

"Tidak ada mangsa yang setuju dibunuh. Terdakwa didapati bertanggungjawab sepenuhnya," kata Hakim Naokuni Yano semalam ketika menjatuhkan hukuman mati terhadap Shiraishi.

Menganggur pada 2017, dia menggunakan dua akaun Twitter untuk memikat wanita.

Dalam satu akaun, dia memainkan peranan sebagai pembimbing yang boleh membantu mereka yang cenderung membunuh diri agar mudah mengakhiri hayat mereka.

Di satu lagi akaun, dia memaparkan dirinya sebagai orang yang kesunyian dan mencari teman yang boleh diajak mengakhir hayat mereka secara bersama.

Perbuatan Shiraishi terdedah apabila abang mangsa yang kesembilan dan terakhir menggodam akaun Twitternya, dan menemui mesej-mesej yang sangat menyeramkan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg