Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembunuhan di masjid di Quebec: Hukuman lelaki dikurangkan dari seumur hidup kepada penjara 25 tahun

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



MONTREAL: Hukuman ke atas seorang lelaki yang menembak mati enam orang di sebuah masjid di Quebec pada 2017, telah dikurangkan kelmarin menjadi 25 tahun penjara.



Ini setelah sebuah mahkamah di Canada memutuskan bahawa hukuman ke atas lelaki itu - penjara seumur hidup berturut-turut - bertentangan dengan perlembagaan.



Alexandre Bissonnette, yang berusia 31 tahun minggu depan, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2019 tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat selama 40 tahun.



Dalam satu keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan Quebec mengatakan satu peruntukan Kanun Jenayah yang diperkenalkan pada 2011, yang membolehkan hakim menjatuhkan hukuman seumur hidup berturut-turut bagi kesalahan pelbagai pembunuhan, melanggar Piagam Hak dan Kebebasan Canada.



Panel tiga hakim itu mengatakan bahawa peruntukan itu "membolehkan penjatuhan hukuman yang pada bila-bila masa menjadi kejam dan luar biasa, dan sangat tidak seimbang".



Pihak pendakwa telah meminta hukuman 150 tahun dikenakan, yang merupakan hukuman paling lama di Canada, sementara pihak pembela mengemukakan petisyen hukuman selama 25 tahun.



Pada 29 Jan 2017, Bissonnette, berusia 27 tahun ketika ditangkap, memasuki masjid Quebec City dan melepaskan tembakan ke atas 40 lelaki dan empat kanak-kanak selepas solat.



Dia melepaskan puluhan tembakan, mundur ke kawasan selamat untuk masukkan peluru ke dalam pistolnya sekurang-kurangnya empat kali, "seperti dia sedang bermain permainan video," kata seorang saksi semasa perbicaraan Bissonnette.



Enam lelaki terbunuh dengan lima cedera parah dalam kejadian itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >