Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembunuhan etnik Rohingya dirancang: AS

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



NEW YORK: Siasatan pemerintah Amerika Syarikat mendapati tentera Myanmar telah melaksanakan kempen pembunuhan beramai-ramai, rogol dan kekejaman yang tersusun ke atas etnik Islam Rohingya.



Pemerintah berkata, laporan oleh Jabatan Negara Amerika yang disiarkan semalam boleh digunakan bagi mengesahkan sekatan atau tindakan lain ke atas pihak berkuasa Myanmar tetapi ia tergendala hampir sebulan susulan perdebatan hangat sama ada operasi itu mahu digambarkan sebagai pembunuhan beramai-ramai atau jenayah kemanusiaan.



Laporan terbabit yang pertama kali dilaporkan Reuters adalah hasil daripada lebih seribu temuramah ke atas pelarian lelaki dan wanita Rohingya di Bangladesh selepas melarikan diri susulan operasi besar-besaran di wilayah Rakhine Oktober tahun lalu.



"Laporan ini mendedahkan bahawa keganasan di utara negeri Rakhine kebelakangan ini adalah gerakan ekstrem pada skala besar dan meluas yang dirancang khas untuk memusnahkan populasi serta menghalau penduduk Rohingya.



"Skop dan skala operasi ketenteraan itu menunjukkan ia dirancang dan dilaksanakan dengan begitu teliti," kata laporan setebal 20 halaman itu.



Penduduk yang terselamat turut menceritakan kesengsaraan dialami dan disaksikan sendiri, termasuk pembunuhan kanak-kanak serta bayi oleh anggota tentera, tembakan ke atas lelaki tidak bersenjata dan mangsa dicampak ke dalam kubur atau ditanam hidup-hidup.



Mereka turut memberitahu bahawa serangan seksual tentera Myanmar terhadap wanita Rohingya dilakukan secara terbuka di khalayak ramai.



Seorang saksi menceritakan bagaimana beliau melihat empat remaja perempuan Rohingya diculik, diikat dengan tali dan dirogol selama tiga hari sebelum ditinggalkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.



Dalam masa yang sama, Amerika mengumumkan untuk menambah jumlah bantuan kemanusiaan bagi pelarian Islam Rohingya di Bangladesh dan Myanmar sebanyak dua kali ganda, kata duta negara itu ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.



Operasi ketenteraan Myanmar di Rakhine tahun lalu selepas serangan militan Rohingya terhadap pos kawalan polis dan tentera menyebabkan lebih 700,000 penduduk minoriti Myanmar itu melarikan diri ke Bangladesh.



Penyiasat lantikan PBB berkata, pihak tentera telah melakukan pembunuhan besar-besaran dan merogol golongan wanita Rohingya dengan tujuan menghapuskan mereka.



Myanmar menepis dakwaan itu dengan berkata ia adalah kenyataan sebelah pihak dan menegaskan operasi terbabit dijalankan secara sah mengikut undang-undang untuk membanteras pengganas.



"Kami menyeru pemerintah Myanmar untuk menghukum pihak bertanggungjawab dalam penghapusan etnik ini, mengakhiri keganasan dan membenarkan misi kemanusiaan secara menyeluruh serta kebebasan akses media," kata Cik Haley dalam satu kenyataan kelmarin.



Duta Amerika Cik Haley mengumumkan pembiayaan baharu untuk makanan, air, penjagaan kesihatan dan pelbagai bantuan kritikal lain semasa mesyuarat peringkat kementerian tentang krisis di Myanmar.



Menurut beliau, Amerika akan memberi tambahan dana berjumlah AS$185 juta ($252 juta) dengan AS$156 juta akan disalurkan kepada pelarian dan komuniti penganjur di Bangladesh, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak AS$389 termasuk yang diberikan sejak tahun lalu.



"AS akan bermurah hati terhadap sesiapa sahaja yang berkongsi nilai murni kami, pihak yang mahu bekerjasama dengan kami dan pihak yang tidak cuba untuk menghentikan atau membenci Amerika," katanya kepada media.



PBB, bersama Amerika dan sekutunya dari Barat menuduh tentera Myanmar melancarkan kempen pembersihan etnik terhadap etnik Islam Rohingya yang dinafikan hak kerakyatan di negara itu.



Terdahulu Presiden Amerika Donald Trump mahu Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas dan segera bagi menamatkan keganasan ke atas Muslim Rohingya di Myanmar. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >