Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemegang e-pasport S'pura boleh masuk Johor guna e-gate

M'sia perluas kemudahan di CIQ di JB dan Gelang Patah
Jan 21, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kemudahan e-gate di dua pintu masuk ke Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah dibuka kepada warga Singapura mulai semalam.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pembukaan e-gate itu akan memberi manfaat kepada 30,000 hingga 50,000 warga Singapura itu yang berulang-alik ke Johor untuk tujuan sosial.



Beliau berkata itu antara usaha baru yang dilaksana sebagai penyelesaian jangka pendek untuk mempercepat aliran keluar masuk di BSI dan KSAB, lapor BH Online.



"Sebelum ini e-gate hanya terhad kepada kegunaan atau pemegang pasport rakyat tempatan sahaja. Tetapi mulai hari ini kita memberikan dan membuka akses laluan masuk ini kepada warga Singapura yang menggunakan e-pasport.



"Saya telah melihat sendiri kelancaran sistem ini, yang mengambil masa jauh lebih singkat berbanding kaedah biasa.



"Namun, kemudahan pergerakan keluar masuk e-gate kepada warga Singapura dikenakan syarat-syarat minimum, iaitu warga Singapura yang memegang e-passport dengan tempoh sah laku pasport sekurang-kurangnya tiga bulan.



"Selain itu, menghantar Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) secara dalam talian tiga hari sebelum perjalanan dilakukan dan mengesahkan biometrik di kaunter Imigresen untuk kali pertama," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di BSI di sini semalam.



Katanya, Jabatan Imigresen akan turut memperluas penggunaan e-gate itu kepada negara lain yang dikategorikan kurang berisiko, antaranya Brunei, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Jepun.



Menurutnya, inisiatif pembukaan e-gate kepada warga Singapura menunjukkan komitmen berterusan pihak berkuasa Malaysia, khususnya Imigresen, untuk membantu rakyat kedua-dua negara.



"E-gate di BSI juga akan ditambah. Ketika ini jumlah e-gate yang ada ialah 20 laluan masuk dan 20 keluar dan kita akan tambah lagi 20 laluan.



"Laluan pintu masuk ini dulu ada waktu-waktu puncaknya, tetapi sekarang 24 jam waktu puncak. Setakat ini kita belum dapat menjangka peratusan pengurangan kesesakan di Tambak Johor.



"Namun saya yakin dengan 20 laluan e-gate ini sudah pasti melegakan kesesakan. Peratusan terlalu awal untuk dijangkakan tapi akan dipantau kerana laluan ini menerima lebih 200,000 pengembara pada waktu puncak," katanya.



Penggunaan e-gate oleh pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang mula dilaksana pada 15 November tahun lalu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Hingga 16 Januari, 12,162 pergerakan keluar dan masuk oleh pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang direkodkan di KLIA. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >