Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah digesa percepat vaksinasi peniaga pasar di Indonesia

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Ikatan Pedagang Pasar Indonesia (IKAPPI) meminta pihak pemerintah mempercepatkan bantuan dan juga suntikan vaksin bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan dalam kalangan peniaga.



Lapor Kompas.com, permintaan itu disuarakan susulan pihak pemerintah memutuskan Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Tahap 4 dilanjutkan sehingga 2 Ogos depan.



Ketua Bahagian Komunikasi dan Maklumat IKAPPI, Muhammad Ainun Najib berkata, pihaknya meminta pemerintah menyegerakan usaha itu ke kawasan pasar supaya imuniti berkelompok dapat dibentuk.



Katanya, usaha itu sekali gus dapat memastikan kawasan pasar bebas daripada jangkitan.



Beliau malah meminta pemerintah tempatan memperkukuhkan protokol kesihatan dengan memastikan pemantauan membasuh tangan dengan sabun dan mengedarkan pelitup muka kepada peniaga.



"Kami juga meminta pihak pemerintah pusat atau daerah mendapatkan data peniaga yang memerlukan insentif atau bantuan modal akibat perniagaan terjejas beberapa bulan lalu," katanya.



pemerintah memberikan kebenaran terhadap pembukaan beberapa sektor ekonomi menerusi PPKM Tahap 4.



Sebagai contoh, pasar awam yang menjual barang keperluan boleh beroperasi sehingga pukul 3 petang dengan kapasiti pembeli 50 peratus.



Selain itu, kedai gunting rambut, kedai cuci pakaian, bengkel kereta, kedai cuci kereta dan perniagaan kecil lain boleh dibuka sehingga pukul 9 malam.



Perniagaan kecil dan beberapa pusat beli-belah di Indonesia boleh dibuka semula, sekalipun sekatan yang berkuat kuasa awal bulan ini bagi mengekang penularan Covid-19 bakal dilanjutkan.



Pemerintah mula membenarkan beberapa aktiviti sosioekonomi walaupun tempoh pelaksanaan PPKM dilanjutkan dan kes kematian harian akibat Covid-19 melebihi angka seribu.



Bermula kelmarin, pemerintah Indonesia membenarkan pasar, peniaga kecil, bengkel kenderaan, kedai gunting rambut dan pengusaha kecil yang lain kembali beroperasi dengan protokol kesihatan yang ketat.



Orang ramai juga kembali dibenarkan makan di warung, kedai makan atau restoran tetapi hanya dalam tempoh 20 minit sahaja.



Indonesia memaklumkan perkara itu, walaupun terdapat amaran bahawa pelonggaran sekatan berupaya mencetuskan satu lagi gelombang pandemik yang teruk.



Negara ini yang sedang bergelut dengan ancaman varian Delta, kini menggantikan India dan Brazil sebagai pusat penularan wabak berkenaan pada peringkat dunia.



Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, sekatan yang berkuat kuasa awal bulan ini, akan diteruskan hingga 2 Ogos depan.



PPKM darurat sebelum ini dikuatkuasakan sejak 3 Julai lepas sehingga 25 Julai, sebelum dilanjutkan sehingga semalam dengan membataskan banyak kegiatan sosioekonomi.



Namun, beliau berkata, 'penyesuaian' akan dilakukan terhadap penutupan pasar raya, restoran, taman dan pejabat, termasuk di Jakarta, Jawa serta Pulau Bali.



Pasar tradisional, peniaga tepi jalan dan warung ialah antara perniagaan dibenarkan kembali beroperasi dengan pematuhan peraturan ditetapkan termasuk di kawasan paling terkesan dengan wabak Covid-19.



Pembukaan semula pasar raya dan masjid di kawasan yang kurang terjejas, akan turut dibenarkan dengan bilangan pengunjung dan waktu operasi terhad.



Pemerintah Indonesia menjelaskan, pejabat akan kekal tertakluk kepada arahan penutupan, setakat ini.



Sambil merujuk penurunan kadar jangkitan harian dan penggunaan katil pesakit di hospital, Encik Widodo, berkata sebarang pelonggaran sekatan bagaimanapun akan dilakukan secara 'beransur-ansur serta berhati-hati.'



Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam, sebanyak 1,266 kematian harian direkodkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 83,279 orang.



Kes positif keseluruhan di republik itu kini melebihi 3.1 juta kes dengan 573,908 pesakit aktif (dirawat). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >