Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah Hong Kong guna kuasa pengujian wajib baru setelah kelompok Covid-19 berkembang

Nov 22, 2020 | 03:36 PM



HONG KONG: Pemerintah Hong Kong buat pertama kali menggunakan kuasa barunya untuk mewajibkan pengujian Covid-19, bermula dengan pengunjung ke 14 premis tari sedang kelompok yang bermula di sebuah kelab tari di Wan Chai terus berkembang.



Di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Pengujian Wajib untuk Orang Tertentu), sesiapa yang pernah hadir di 14 premis tari tertentu dalam tempoh 1 hingga 21 November mesti menjalani ujian asid nukleik Covid-19 menjelang Selasa (24 Nov) .


Seramai 32 orang telah disahkan positif Covid-19 sebagai sebahagian daripada kelompok yang dikesan ke Starlight Dance Club di Wan Chai, lapor penyiar awam RTHK pada Ahad.


Kesemua 14 premis tari itu berfungsi sebagai bilik pesta, kata pemerintah.

Semua perniagaan bilik pesta telah diarahkan tutup selama lima hari dari Ahad hingga Khamis.


Pertunjukan langsung dan menari di bar, pub dan kelab juga dilarang untuk tempoh yang sama.


Hong Kong pada Sabtu melaporkan 5,560 kes Covid-19 yang disahkan, termasuk 108 kematian, lapor agensi berita Xinhua.


Memandangkan penularan yang semakin teruk, Gelembung Perjalanan Udara dua hala antara Hong Kong dengan Singapura yang sepatutnya bermula semalam ditangguhkan selama dua minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >