Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah Indonesia bakal umum senarai barangan import yang dihadkan

Aug 24, 2018 | 02:20 PM



JAKARTA - Pemerintah Indonesia bakal mengumumkan senarai barangan yang akan dikenakan cukai import dalam seminggu dua akan datang.



Namun, bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran tidak akan dimasukkan dalam senarai tersebut, kata menteri-menteri di satu persidangan berita bersama hari ini (Jumaat, 24 Ogos).



Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati berkata sebanyak 900 barangan sedang disemak untuk kemungkinan permohonan tarif import lebih tinggi.



Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita berkata langkah-langkah sekatan import itu tidak akan mengganggu pelaburan kerana senarai tersebut tidak termasuk bahan mentah yang digunakan untuk pengeluaran.



Awal bulan ini, Cik Indrawati berkata pemerintah akan mengenakan tarif import sebanyak 7.5 peratus ke atas sekitar 500 barangan dengan tujuan mengurangkan defisit akaun Indonesia yang semakin besar serta mengurangkan tekanan pada mata wang rupiah. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >