Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Pemerintah Indonesia sedia terima undang-undang lindungi pembantu rumah

Ia bertujuan jaga kepentingan warga kerana bekerja sendiri, terdedah kepada bahaya
Feb 14, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Cik Ida Fauziyah, menyatakan pemerintah bersikap terbuka terhadap Rang Undang-Undang Perlindungan Pekerja Rumah Tangga (RUU PPRT) sebagai daya usaha menjaga kepentingan warganya yang bekerja sebagai pembantu rumah, yang diusulkan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) negara itu.



"Apabila rang undang-undang ini selesai menjadi rang undang-undang yang dimulakan oleh Dewan, maka pemerintah bersedia untuk mengalu-alukannya.



"Perkara ini sudah kita bincangkan," katanya di luar acara Perbarisan Hak Asasi Manusia Menyokong Percepatan Pengesahan Rang Undang-undang PPRT yang berlangsung di Jakarta, pada Ahad lalu.



Cik Fauziyah lapor agensi berita Indonesia, Antara, memaklumkan pemerintah telah mengadakan beberapa perbincangan kelompok sasaran berhubung RUU PPRT, sama ada secara dalaman mahupun bersama pihak berkepentingan.



Tegasnya, kewujudan rang undang-undang PPRT amat mendesak kerana dalam menjalankan tugas, pekerja rumah tangga sering bekerja dalam bidang persendirian yang mendedahkan mereka kepada bahaya.



"Ini penting bagi pemerintah untuk segera meluluskan rang undang-undang PPRT untuk dijadikan undang-undang," sambungnya.



Selain itu, pemerintah juga jelasnya, sedia membincangkan isu-isu dalam RUU PPRT yang masih dibahaskan di DPR.



"Pemerintah sedia berbincang dan mendengar (usulan dan maklum balas) pelbagai pihak berkepentingan termasuk DPR," tambah Cik Fauziyah.



Perarakan Hak Asasi Manusia Menyokong Percepatan Pengesahan RUU PPRT turut dihadiri Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang, dan Keselamatan, Dr Mahfud MD dan wakil beberapa agensi pemerintah.



Antara yang hadir termasuk wakil Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak; Pejabat Kakitangan Presiden (KSP); Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Komnas HAM); Suruhanjaya Kebangsaan Mengenai Keganasan Terhadap Wanita (Komnas Perempuan); dan pelbagai lapisan masyarakat.



Secara berasingan, Pesuruhjaya Komnas Perempuan, Cik Theresia Iswarini, berkata kelulusan RUU PPRT adalah penting bagi mengesahkan jaminan perlindungan terhadap pekerja pembantu rumah sebagai sebahagian daripada usaha menegakkan hak asasi manusia.



"Pengesahan rang undang-undang pekerja domestik adalah sangat mendesak kerana rekod kami menunjukkan bahawa kes terhadap pekerja rumah tangga wujud dan mereka memerlukan perlindungan," kata Cik Iswarini.



Menurutnya, Rang Undang-undang PPRT bukan sahaja bermanfaat untuk pekerja rumah tangga bahkan juga menyediakan rangka kerja kawal selia mengenai hak dan kewajipan pekerja, majikan, dan pengedar pekerja domestik. - Agensi berita.




"Pengesahan rang undang-undang pekerja domestik adalah sangat mendesak kerana rekod kami menunjukkan bahawa kes terhadap pekerja rumah tangga wujud dan mereka memerlukan perlindungan."



- Cik Theresia Iswarini, Pesuruhjaya, Suruhanjaya Kebangsaan Mengenai Keganasan Terhadap Wanita (Komnas Perempuan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >