Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah perpaduan Myanmar baru gesa Asean usah iktiraf junta

Apr 20, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Jiran Myanmar perlu berunding dengan pemerintah perpaduan nasional (NUG) yang baru dibentuk jika ingin membantu menyelesaikan pergolakan yang dicetuskan oleh rampasan kuasa tentera pada 1 Februari dan tidak mengiktiraf pihak junta, tegas pegawainya.



Timbalan Menteri Luar dalam NUG yang ditubuhkan minggu lalu, Encik Moe Zaw Oo, berkata Asean seharusnya tidak mengiktiraf junta Myanmar.



Sebanyak 10 negara Asean berusaha mencari jalan menyelesaikan krisis berdarah yang turut menjejas anggota kumpulan serantau itu sejak tentera menggulingkan pemerintah yang dipilih rakyat dan diketuai Cik Aung San Suu Kyi.



"Sekiranya Asean menimbangkan tindakan yang berkaitan dengan urusan Myanmar, saya ingin menyatakan bahawa ia tidak akan berjaya kecuali jika berunding dengan NUG, yang disokong rakyat dan memiliki kesahihan sepenuhnya," katanya dalam satu temu bual dengan Voice of America (VOA) versi bahasa Burma yang diterbitkan kelmarin.



Ahli politik prodemokrasi termasuk anggota parlimen (AP) yang digulingkan daripada parti Cik Suu Kyi mengumumkan penubuhan NUG pada Jumaat lalu.



Ia termasuk Cik Suu Kyi, yang berada dalam tahanan sejak rampasan kuasa, pemimpin bantahan prodemokrasi dan etnik minoriti.



NUG telah meminta pengiktirafan antarabangsa sebagai pihak berkuasa yang sah dan meminta diundang ke pertemuan Asean.



Orang ramai turun ke jalan di beberapa bandar di Myanmar hujung minggu lalu untuk menunjukkan sokongan kepada NUG.



"Amat penting majlis junta tidak diakui," kata Encik Moe Zaw Oo kepada VOA, sambil menyatakan pemerintah perpaduan belum diundang ke pertemuan di ibu negara Indonesia, Jakarta.



Pihak tentera menunjukkan kurang kesediaan untuk berhubung dengan negara-negara jirannya dan tidak ada tanda-tanda mahu berbincang dengan pemerintah yang digulingkan.



Namun, dalam petunjuk awal, ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing, bakal menghadiri sidang kemuncak Asean di Indonesia pada 24 April, seperti yang dinyatakan oleh pegawai kerajaan Thailand Sabtu lalu. Ini akan menjadi lawatan dan perjumpaan ketua tentera itu yang pertama dengan pemimpin asing sejak rampasan kuasa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >