Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pemerintah Trump isytihar tidak terikat pada keputusan WTO

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pemerintah Trump isytihar tidak terikat pada keputusan WTO

Mar 03, 2017 | 09:42 AM

GENEVA: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menjadi sasaran serangan konkrit oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, apabila Washington mengisytiharkan ia tidak terikat pada keputusan badan itu.

Keputusan Amerika itu adalah tindakan nyata untuk menyimpang daripada duluan dan boleh mengancam keupayaan badan penyelesaian pertikaian WTO, tempat konflik perdagangan utama dihakimi.

Sepucuk surat yang dihantar dari Wakil Perdagangan Amerika kepada Kongres pada Rabu (1 Mac), yang menggariskan dasar Encik Trump, mengkaji semula syarat-syarat Amerika apabila ia menyertai WTO semasa badan itu ditubuhkan pada 1995.

Menurut tafsiran pemerintah Encik Trump, "Kongres telah menjelaskan bahawa Amerika tidak tertakluk secara langsung pada peraturan WTO", kata surat itu.

Surat bertajuk 'Agenda Dasar Perdagangan 2017 Presiden' itu juga mengatakan pemerintah Encik Trump "secara agresif akan mempertahankan kedaulatan Amerika ke atas perkara berkaitan dasar perdagangan".

Dalam satu lagi teguran terhadap 164 anggota WTO, yang mahu perjanjian mengikat semua anggota, pemerintah Encik Trump berkata ia percaya matlamat perdagangan Amerika "boleh dicapai dengan baik dengan memberi tumpuan pada rundingan dua hala berbanding rundingan berbilang hala".

Secara keseluruhan, dokumen itu bak versi dasar perdagangan daripada doktrin dasar luar Encik Trump, iaitu 'Utamakan Amerika', dan sejajar dengan gesaan beliau agar syarikat negara itu 'Beli Barang Amerika dan Gajikan Rakyat Amerika'.

Ketua Pengarah WTO, Encik Roberto Azevedo, respons dengan lembut pada Khamis, dengan menyatakan "adalah jelas bahawa Amerika Syarikat ada pelbagai masalah perdagangan, termasuk mengenai sistem penyelesaian pertikaian WTO".

"Saya bersedia duduk dan membincangkan keprihatinan itu dan perkara lain dengan pasukan perdagangan di Amerika apabila mereka bersedia berbuat demikian."

China respon dengan berkata pada Khamis ia akan terus memberi sokongan kepada WTP "yang terbuka dan tidak berat sebelah".

"China ingin bekerja bersama semua anggota WTO untuk memastikan WTO boleh memainkan peranan penting dalam perdagangan global," kata jurucakap Kementerian Luar, Encik Geng Shuang, kepada pemberita sebagai respons kepada soalan tentang surat dasar Encik Trump itu. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3