Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemilihan jawatan dalam Umno dijangka tarik penyertaan terbanyak

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pemilihan parti Umno, yang bakal menyaksikan parti itu menerima permohonan daripada mereka yang bertanding jawatan mulai Isnin, dijangka menerima jumlah penyertaan paling banyak.



Pemerhati percaya bahawa ketiadaan keperluan kuota bagi mereka yang berebut jawatan akan membawa kepada bilangan calon yang jauh lebih tinggi kali ini.



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi, berkata beliau menjangka melihat lebih banyak permohonan tahun ini.



"Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, lebih ramai (pemimpin) akan mengumumkan pencalonan mereka. Lagi ramai, lagi meriah.



"Ia menunjukkan demokrasi masih hidup dalam Umno kerana ahli masih berminat menawarkan diri untuk memimpin parti," katanya kepada akhbar New Straits Times (NST).



Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil, menyuarakan pandangan sama dengan mengatakan jumlah permohonan semakin meningkat setiap tahun.



"Secara peribadi, saya fikir ramai yang akan bertanding. Trend ini terus meningkat dari tahun ke tahun, jadi saya fikir kali ini akan ada lebih ramai lagi.



"Kami akan tahu lebih lanjut minggu depan," katanya.



Pada pemilihan Umno 2018, parti itu menyaksikan 612 pencalonan bagi semua jawatan, daripada exco sayapnya serta jawatan pengerusi tetap.



Ketika itu, 240 nama dicalonkan bagi jawatan sayap Pemuda Umno, 103 bagi sayap Wanita dan 101 bagi Puteri.



Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah pun mengumumkan hasratnya mahu mempertahankan jawatan naib presidennya manakala bekas ketua Umno Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, juga telah mengumumkan usahanya mahu bertanding jawatan itu.



Penyerahan borang untuk pemilihan parti akan berlangsung selama dua minggu sehingga 26 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >