Pemilik kedai dobi di Muar 'untuk orang Islam saja' minta maaf
Premium
Pemilik kedai dobi di Muar 'untuk orang Islam saja' minta maaf
Sep 28, 2017 | 5:30 AM

CETUS KONTROVERSI: Pemilik Elit Laundry yang enggan dinamakan berkata beliau akur dengan perintah Sultan Johor agar papan tanda larangan terhadap pelanggan bukan Islam yang menimbulkan kontroversi dialih. - Foto THE STAR -
JOHOR BAHRU: Pemilik kedai dobi layan diri di Muar, Johor, yang hanya membuka perniagaannya kepada orang Islam, semalam memohon maaf kepada Sultan Johor, rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjurannya.
Pemilik Elit Laundry yang enggan dinamakan itu berkata beliau akur dengan perintah Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar agar papan tanda larangan terhadap pelanggan bukan Islam yang menimbulkan kontroversi itu dialih.

