Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemilik restoran, kedai makan di JB lega pelanggan kini boleh makan di premis

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pemilik restoran, kedai makan dan gerai sekitar bandar raya ini bersyukur dibenarkan menyediakan perkhidmatan makan di dalam premis kepada pelanggan, berkuat kuasa semalam.



Tinjauan dilakukan Berita Harian Malaysia (BHM) di kawasan Tampoi dan Bandar Baru Uda mendapati pelanggan mula datang ke premis berkenaan untuk menikmati hidangan sejak awal pagi.



Bagaimanapun, pelanggan dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu membuat pemeriksaan suhu badan, menggunakan MySejahtera untuk merekodkan kehadiran selain dua orang semeja.



Pemilik Dahliana Cafe, Cik Fadhilah Ahmad, 45 tahun, lega apabila kerajaan membenarkan pelanggan menikmati hidangan di premis mulai hari ini.



Katanya, pendapatan sepanjang pelanggan tidak dibenarkan makan di premis merudum 50 peratus berikutan kekurangan pengunjung hadir membeli juadah dan makanan disediakan.



"Alhamdulillah, sejak 6.30 pagi tadi ramai pengunjung hadir menikmati juadah dan mereka juga teruja. Saya dan pekerja juga perlu memasak beberapa makanan semula berikutan kehadiran pengunjung yang bertambah berbanding ketika hanya dibenarkan untuk bungkus.



"Bagaimanapun, saya dan pekerja menasihatkan setiap pelanggan mematuhi SOP ditetapkan dan tidak akan mengambil pesanan jika mereka ingkar dan enggan patuh," katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan keputusan kerajaan untuk membenarkan restoran menyediakan perkhidmatan makan di dalam premis kepada pelanggan, berkuat kuasa semalam, namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.



Kebenaran itu adalah tambahan kepada SOP sebelum ini yang hanya membolehkan restoran beroperasi secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.



Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, jumlah pelanggan dihadkan hanya dua orang untuk satu meja dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter, manakala tempoh operasi antara 6 pagi dengan 10 malam.



Sementara itu, pekerja Dahliana Cafe, Encik Kodar Wadim, 27 tahun, gembira apabila majikannya memanggil semula untuk bekerja selepas diminta cuti sementara berikutan kekurangan pelanggan dan tugasan.



"Alhamdullilah, saya bersyukur kerana dengan keputusan kerajaan ini, pendapatan kami pekerja kecil akan kembali seperti biasa dan tidak lagi risau memikirkan pendapatan yang berkurang.



"Sebelum ini, majikan terpaksa meminta pekerja bercuti buat sementara dan digilirkan bekerja kerana tugas tidak banyak dan pelanggan kurang," katanya.



Pelanggan yang ditemui, Encik Rashidin Ehsan, 61 tahun, berkata pelanggan sepertinya pasti teruja dapat makan di restoran kerana ia sudah menjadi sebahagian budaya hidup masyarakat di negara ini.



"Saya dan isteri memang rutin setiap pagi akan bersarapan di kedai makan sebelum meneruskan aktiviti lain," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >