Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA

Pemimpin, anggota Bersatu Sabah keluar parti beramai-ramai

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



KOTA KINABALU (Sabah): Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah termasuk semua wakil rakyatnya, semalam mengumumkan keluar daripada parti itu.



Dalam satu kenyataan pagi semalam, Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.



Beliau berkata, kerajaan negeri yang ditunjangi Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, demi perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk kita terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.



"Dengan keputusan ini, kami akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri Borneo di Malaysia.



"Kami yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah," katanya.



Datuk Hajiji yang juga Pengerusi GRS, berkata berikutan tindakan itu, mereka akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu sebagai platform menggantikan Bersatu.



Bagaimanapun, katanya untuk sementara waktu ini, mereka secara kolektif akan menjadi ahli GRS.



"Kami berikrar akan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepemimpinan dan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara.



"Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan juga adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Sabah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berterusan.



"Adalah menjadi komitmen kami bersama Sarawak sebagai Blok Borneo untuk menyuarakan aspirasi rakyat dan untuk melihat Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 akan dilaksanakan sepenuhnya," katanya.



Beliau menerangkan bahawa keputusan kepemimpinan Bersatu Sabah meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >