Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemimpin Apec ikrar perkukuh sistem dagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, kecam perang di Ukraine
Pemimpin Apec ikrar perkukuh sistem dagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, kecam perang di Ukraine
Pemimpin Apec ikrar perkukuh sistem dagangan pelbagai hala berasaskan peraturan, kecam perang di Ukraine
PEMIMPIN Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) mengisytiharkan pada Sabtu bahawa kumpulan 21 anggota itu akan mendukung dan mengukuhkan lagi sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.
Selain itu, "kebanyakan ahli" blok ekonomi itu menambah suara mereka pada usaha memberi tekanan antarabangsa terhadap Russia atas pencerobohannya terhadap Ukraine, mengeluarkan kenyataan sidang puncak yang mengatakan "kebanyakan" daripada mereka mengutuk peperangan.
Pengisytiharan itu yang dibuat ketika Thailand menyerahkan kerusi tuan rumah Apec kepada Amerika Syarikat, berkata pemimpin kumpulan itu menyedari bahawa usaha lebih intensif diperlukan untuk menangani cabaran seperti peningkatan inflasi, keselamatan makanan, perubahan iklim dan bencana alam.
Kenyataan itu, yang turut ditandatangani oleh anggota Apec, Russia dan China, mengikuti kenyataan pengisytiharan Kumpulan 20 (G-20) yang dikeluarkan minggu lalu.
Mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kebanyakan pemimpin Apec "menegaskan (bahawa perang) menyebabkan penderitaan manusia yang besar dan memburukkan lagi kelemahan sedia ada dalam ekonomi global". - Reuters/AFP