Pemimpin 'Baju Merah' Malaysia ditahan di KLIA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin 'Baju Merah' Malaysia ditahan di KLIA

Oct 19, 2016 | 3:00 PM

Pemimpin 'Baju Merah' Malaysia ditahan di KLIA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemimpin Baju Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Rabu (19 Okt).
Pemimpin Baju Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Rabu (19 Okt). - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

PETALING JAYA: Pemimpin 'Baju Merah' Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu (19 Okt).

Ketika dihubungi The Star Online, Datuk Seri Jamal mendakwa beliau ditahan pada kira-kira 8.30 pagi selepas tiba dari Dubai.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata beliau akan dibawa ke balai polis Dang Wangi. "Saya tidak pasti mengapa saya ditahan tetapi saya fikir ia ada kaitan dengan kumpulan Baju Merah," katanya.

Datuk Seri Jamal akan ditahan dua hari, lapor Malay Mail Online (MMO), sambil menambah bahawa polis mencari beliau berkaitan satu insiden di mana beberapa orang yang dipercayai penyokong beliau dirakam menyerang anggota Bersih 2.0 di Sabak Bernam.

MMO memetik pembantu beliau, Encik Jamal Durrany Izam, sebagai berkata polis mendapatkan perintah reman itu pada awal Rabu.

Pada 11 Oktober, satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Jamal berkaitan satu pos Facebook yang didakwa mengancam berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Beliau menafikan memuat naik pos itu dan berkata ia datang daripada akaun palsu.

Beberapa laporan polis lain juga dibuat terhadap beliau dan kumpulan Baju Merah yang pro-Melayu. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg