Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TENGKARAH POLITIK DI AS

Pemimpin Demokrat, Republikan kutuk keganasan

Sesi awal ditangguh bila ahli dewan lari bersembunyi atau selamatkan diri selepas perusuh masuk Bangunan Capitol
Jan 08, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Beberapa jam selepas perusuh - penyokong tegar - Encik Donald Trump menyerbu Bangunan Capitol kelmarin, ahli Dewan Perwakilan dan Dewan Senat menyambung semula perbahasan dalam suasana amat tegang dan berikrar untuk memastikan pelaksanaan demokrasi dapat diteruskan secara aman.



"Kepada mereka yang menyebabkan huru-hara di Capitol kami hari ini (kelmarin): Anda tidak menang. Keganasan tidak pernah menang," kata Naib Presiden, Encik Mike Pence, yang mempengerusikan Senat sebaik ia menyambung semula perbahasan.



Ketua Majoriti Senat, Encik Mitch Connell berkata: "Senat Amerika tidak akan digugat. Kita tidak akan dikeluarkan dari dewan ini oleh samseng, pengacau atau ancaman.



"Mereka cuba memutuskan demokrasi kita. Mereka gagal. Tindakan yang gagal ini hanya menggariskan gentingnya usaha yang kita perlu pikul untuk Republik ini," ujarnya.



Dewan Perwakilan menyambung semula sesi mereka pada 9.30 malam selepas dewan dibersihkan.



Kompleks itu disahkan selamat sekitar 5.40 petang (6.40 pagi semalam, waktu Singapura), tidak lama sebelum perintah berkurung bandar itu dikuatkuasakan.



Speaker Dewan Perwakilan, Cik Nancy Pelosi, menyambung semula perbahasan selepas kedua-dua Dewan, Perwakilan dan Senat, dipaksa tangguh dan ahli dewan lari bersembunyi atau menyelamatkan diri selepas perusuh masuk ke bangunan.



"Kita sentiasa sedar bahawa tanggungjawab ini akan membawa kita ke malam dan kita akan terus berada di sini selama yang perlu. Tujuan kita adalah untuk menyempurnakan apa yang perlu dilaksanakan," kata Cik Pelosi kepada ahli Dewan.



Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, mengecam tindakan yang dilakukan perusuh.



"Pada jam ini, demokrasi kita diserang dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, dan tidak seperti yang pernah kita lihat dalam masa-masa moden ini. Satu serangan ke atas kubu kebebasan, Capitol itu sendiri," kata Encik Biden yang tampil menemui pihak media dari Wilmington, Delaware.



Kekacauan meletus setelah Encik Trump mengalami tamparan hebat selepas Parti Demokrat berjaya menguasai Dewan Senat apabila memenangi pilihan raya di Georgia sekali gus menamatkan harapannya untuk mendapat sokongan yang diperlukan dalam percubaan puluhan kali beliau untuk merubah kemenangan Encik Biden agar berpihak kepadanya.



Encik Trump hanya tinggal dua minggu sebelum menamatkan tugasnya di Washington pada 20 Januari ini sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat untuk tempoh sepenggal.



Kekalahan Republikan di Georgia itu disahkan selepas Encik Jon Ossoff diisytiharkan sebagai pemenang dalam pemilihan Dewan Senat, ketika penyokong Encik Trump melakukan rusuhan keganasan di Bangunan Capitol bagi mengganggu sesi Kongres untuk mengesahkan kemenangan Encik Biden.



Malah, Encik Trump ketika bercakap di hadapan penyokongnya sebelum rusuhan itu berlaku menegaskan, "tidak akan menyerah kalah atau mengakui kekalahan terbabit".



Negeri di selatan Amerika itu yang selama dua dekad menyokong Republikan memberi kejutan sebanyak dua kali dalam tempoh dua bulan iaitu pada November lalu apabila Encik Biden menang ke atas Encik Trump dan terkini, selepas kekalahan dua Senator yang setia kepada Encik Trump.



Kemenangan bersejarah bagi Encik Ossoff yang juga penerbit dokumentari berusia 33 tahun, menjadi Senator termuda sejak Encik Biden sendiri memenangi pilihan raya pada 1973 dan Encik Raphael Warnock, berketurunan Afrika pertama mewakili Georgia di Senat.



Encik Warnock, 51 tahun, menewaskan usawahan, Cik Kelly Loeffler, 50 tahun, yang dilantik sebagai Senator pada Disember 2019 manakala Encik Ossoff menewaskan Encik David Perdue, 71 tahun.



Biarpun Senat kini terbahagi kepada 50-50, parti Demokrat memiliki kelebihan kerana Naib Presiden, Cik Kamala Harris, juga dari parti berkenaan akan berfungsi sebagai pemecah undi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >