Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS DI AFGHANISTAN

Pemimpin dunia buat penyesuaian dengan realiti di Afghanistan

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Pemimpin dunia kelmarin cuba membuat penyesuaian dengan realiti politik terbaru di Afghanistan selepas puak Taleban mengambil alih negara itu.



Canselor Jerman Angela Merkel menyifatkan kembalinya Taleban berkuasa di Afghanistan sebagai "sangat dramatik dan mengerikan".



"Sangat mengerikan bagi jutaan rakyat Afghanistan yang telah bekerja keras bagi pembentukan masyarakat yang lebih bebas dan, dengan sokongan Barat, memfokuskan pada demokrasi, pendidikan dan hak wanita," katanya.



Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mempertahankan keputusan mengundurkan askar negara itu di Afghanistan dalam ucapannya ke seluruh negara setelah memendekkan tempoh cutinya untuk kembali ke Washington.



"Saya berdiri di belakang keputusan saya. Setelah 20 tahun, saya belajar secara sukar bahawa tidak pernah ada masa yang tepat untuk mengundurkan askar Amerika," kata beliau.



Pentadbiran Encik Biden dikritik hebat ekoran langkah itu, bahkan ada sekutu yang berpendapat bahawa apabila Amerika memutuskan mengundurkan pasukannya, mereka tidak mempunyai pilihan selain melakukan yang sama.



Presiden Amerika itu mendedahkan bahawa kejatuhan pemerintah Afghanistan berlaku lebih cepat daripada dijangka.



Bagaimanapun, beliau menambah: "Kami memberi mereka (mantan pemimpin Afghanistan) peluang menentukan masa depan mereka sendiri. Kami tidak dapat memberikan mereka semangat untuk memperjuangkan masa depan itu."



Kelmarin, Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata, selaku presiden negara-negara G7, London akan meminta supaya diadakan satu pertemuan pemimpin kumpulan itu secara maya bagi membincangkan krisis di Afghanistan untuk mencapai satu "pendekatan bersama".



Jumaat lalu, Encik Johnson berkata Britain dan rakan-rakannya harus memastikan "pemerintah Kabul tidak membiarkan negara itu, sekali lagi, menjadi tempat pembiakan pengganasan".



Presiden Perancis Emmanuel Macron membuat pernyataan serupa kelmarin dengan berkata Afghanistan tidak seharusnya sekali lagi menjadi "tempat perlindungan terorisme".



Russia, salah satu negara yang mengekalkan kakitangan diplomatiknya di Kabul pula berkata negaranya belum membuat sebarang komen mengenai perkembangan terbaru di Afghanistan.



Pegawai Kementerian Ehwal Luar Zamir Kabulov menambah bahawa Russia akan membuat keputusan sama ada akan mengiktiraf pemerintah Taleban berdasarkan "tingkah laku pentadbiran barunya".



Moscow telah "menjalin hubungan kerja dengan wakil pihak berkuasa baru" dan Duta Besar Russia dijangka mengadakan pertemuan dengan puak Taleban semalam.



Jurucakap pemerintah China kelmarin berkata Beijing bersedia mempererat hubungan "mesra dan kerjasama" dengan Afghanistan.



Presiden baru Iran Ebrahim Raisi turut melihat peluang yang positif.



"Kekalahan tentera dan pengunduran Amerika dari Afghanistan seharusnya memberikan peluang mengembalikan kehidupan dan keamanan yang berkekalan di negara itu," kata Encik Raisi, yang dipetik oleh pejabatnya.



Gerakan Islam Palestin Hamas, yang menguasai Jaluran Gaza, "mengucapkan tahniah kepada puak Taleban dan kepemimpinannya yang berani atas kemenangan ini, yang merupakan puncak dari perjuangannya yang panjang selama 20 tahun terakhir". - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >