Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG PBB

Pemimpin dunia gesa usaha dipergiat tangani isu kurang makanan

Soal kurang bekalan makanan dilihat sebagai faktor utama berlakunya konflik, ketidakstabilan
Sep 22, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Pemimpin dunia semalam menggesa agar usaha dipertingkatkan bagi menangani isu kekurangan bekalan makanan, dengan kebimbangan hasil tuaian berada di tahap terburuk tahun depan, disebabkan perang Russia-Ukraine.



Di sisi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), para menteri dari Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kesatuan Afrika dan Sepanyol telah bertemu bagi membincangkan soal kekurangan bekalan makanan yang dilihat sebagai faktor utama berlakunya konflik dan ketidakstabilan.



"Tidak ada keamanan jika berlaku kelaparan dan kita tidak boleh melawan kebuluran tanpa adanya keamanan," kata Perdana Menteri Sepanyol, Encik Pedro Sanchez, yang mengecam tindakan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menceroboh Ukraine.



"Yang sebenarnya, Putin cuba mengugut masyarakat antarabangsa dengan makanan," kata Encik Sanchez.



Kumpulan Tujuh (G7) negara maju perindustrian pada sidang puncak Jun lalu di Jerman telah mengikrarkan AS$5 bilion ($7.07 bilion) bagi memerangi kekurangan bekalan makanan tetapi Cancelor Jerman, Encik Olaf Scholz, berkata ia mesti dilakukan segera dengan "sangat mustahak".



"Perang Russia yang agresif telah menyebabkan dan mempercepat krisis sedunia yang berbilang dimensi. Negara di Selatan Dunia yang kedudukannya rentan dilihat sebagai paling teruk terjejas," kata Enccik Scholz lagi.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, akan berucap di perhimpunan agung PBB hari ini dan dijangka mengumumkan bantuan baru Amerika, menurut Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken.



Dalam ucapannya semalam, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata negaranya akan membiayai penghantaran gandum dari Ukraine ke Somalia yang berdepan risiko kebuluran.



Ukraine adalah salah satu pengeluar bijiran terbesar dunia, dan pencerobohan Russia telah menyebabkan harga makanan melonjak.



Russia telah menyalahkan sekatan yang dilakukan Barat tetapi tuduhan itu disangkal Amerika, yang berkata ia tidak mensasarkan pertanian dan barangan untuk kemanusiaan.



Turkey dan PBB pada Julai lalu telah terlibat dalam pelaksanaan satu perjanjian antara Russia dan Ukraine bagi membenarkan kapal dengan muatan bijirin melayari Laut Hitam yang disekat laluannya.



Encik Putin baru-baru ini mengkritik perjanjian tersebut, dan menunjukkan bekalan yang mengarah ke Eropah.



Pegawai Amerika berkata, sebahagian bijirin akan diproses dan dihantar ke negara-negara miskin.



Selain itu, Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, berkata negara serata dunia kini "tersekat dalam kebuntuan menghadapi gangguan fungsi global yang sangat besar", dan tidak bersedia mahupun sanggup menangani cabaran utama yang mengancam masa depan kemanusiaan serta planet ini.



Ini ditekankan Encik Guterres dalam ucapan merasmikan Perhimpunan Agung badan antarabangsa itu yang dihadiri pemimpin dunia, kelmarin.



Beliau antara lain menyentuh kemelut peperangan di Ukraine, peningkatan konflik serata dunia, kecemasan iklim, keadaan kewangan teruk di negara membangun, serta terjejasnya kemajuan dalam matlamat PBB untuk menamatkan kemiskinan tegar dan menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak.



"Dunia kita sedang dalam bahaya serta lumpuh," katanya.



Namun, Encik Guterres menjelaskan, masih ada harapan dengan kerjasama dan dialog menjadi satu-satunya jalan ke hadapan.



Justeru, beliau memberi amaran bahawa "tiada kuasa atau kumpulan yang dapat melakukannya sendirian".



"Marilah kita sama-sama berganding bahu, sebagai satu gabungan dunia... sebagai bangsa yang bersatu," katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >