Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin dunia hadiri acara pengebumian

Sep 20, 2022 | 5:30 AM
92a3592d-2ff4-44eb-9785-7e73804ca869
-

LONDON: Ribuan orang meliputi kerabat diraja, presiden dan pembesar asing dari seluruh pelosok dunia - termasuk Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob - menghadiri acara pengebumian Ratu Elizabeth II yang berlangsung semalam.

Ia merupakan upacara pengebumian diraja dan perhimpunan diplomatik terbesar di dunia yang pernah disaksikan di abad ke-21 ini.

Raja Charles dan kerabat diraja Britain yang lain mengikuti keranda Ratu Elizabeth ke Westminster Abbey semalam, menyertai pemimpin dunia dan raja-raja untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tokoh tercinta yang menyatukan negara melalui pemerintahannya selama 70 tahun.

Ribuan orang berhimpun di jalan-jalan ketika keranda Ratu Elizabeth melalui perjalanan singkat dari Westminster Abbey.

Di dalam biara, cicitnya dan bakal raja, Putera George yang berusia 9 tahun, juga berjalan di belakang keranda.

Westminster Abbey mempunyai ruang untuk sekitar 2,000 orang dan kira-kira 500 ketua negara serta pembesar asing bersama rakan kongsi mereka hadir, menurut laporan BBC dan Sky News.

Turut hadir dalam istiadat pengebumian negara pertama Britain selama enam dekad itu adalah ahli keluarga ratu, pembesar istana, tokoh masyarakat dan ahli politik United Kingdom (UK).

Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden dan isteri, Cik Jill Biden, mengetuai senarai tetamu diplomatik yang terbang ke Britain lewat kelmarin bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, juga hadir bagi menunjukkan ikatan yang 'tidak dapat dipisahkan' dengan Britain serta memberi penghormatan kepada 'ratu abadi'.

Raja Harald V dari Norway, Putera Albert II dari Monaco, Raja Belanda, Willem-Alexander, Raja Sweden Carl XVI Gustaf dan Raja Belgium, Philippe, semuanya juga hadir.

Permaisuri Denmark, Puan Margrethe II, dilaporkan telah membatalkan satu siri acara menandakan jubli ke-50, dan hadir bersama bapanya yang kini tinggal dalam buangan di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Walaupun ketua negara tidak rasmi Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, diundang tetapi beliau dikatakan tidak hadir.

Selain itu, isteri Presiden Ukraine, Cik Volodymyr Zelensky, iaitu Cik Olena Zelensky, juga kelihatan selepas beliau melawat keranda ratu di Dewan Westminster di Istana Westminster Ahad lalu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg