Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERSIDANGAN PIHAK TERLIBAT KE-26 (COP26)

Pemimpin dunia himpun dorong kemajuan pantas rundingan iklim

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Pemimpin dunia, dari Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, ke Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, berkumpul di Glasgow, Scotland, semalam bagi mendorong kemajuan lebih pantas bagi usaha menangani perubahan iklim, yang dianggap ancaman terbesar kepada manusiawi.



Lebih 100 pemimpin dijangka berbincang bagi mencari huraian semasa rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang dipanggil Persidangan Pihak Terlibat ke-26 (COP26) dan merupakan perhimpunan semua negara yang menandatangani Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim dan Perjanjian Iklim Paris.



Perwakilan dari hampir 200 negara menghadiri persidangan dua minggu itu dengan tujuan mencapai perjanjian yang akhirnya akan meletak dunia di laluan lebih selamat dan mempercepat peralihan kepada masa depan lebih hijau dan bersih.



Dalam pada itu, pemimpin negara kumpulan 20 (G20) melancarkan usaha terdesak untuk bersetuju terhadap pendekatan bersama menangani perubahan iklim, dengan pegawai bekerja sepanjang malam untuk mencapai komitmen bermakna menjelang rundingan itu.



Kumpulan 20 ekonomi utama mengeluarkan hampir 80 peratus daripada pelepasan karbon dan menjanjikan tindakan yang akan memberi rangsangan yang sangat diperlukan kepada perbincangan COP26.



Namun, draf kenyataan membayangkan mereka akan gagal mencapai ikrar tegas akan mengekalkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras praindustri atau berhubung tempoh jelas tentang cara mencapai benar-benar sifar pelepasan.



Pakar berkata untuk mencapai sasaran 1.5 darjah Celcius - matlamat paling tinggi dalam perjanjian iklim Paris 2015 - bermakna mengurangkan pelepasan karbon global hampir separuh menjelang 2030 dan kepada sifar menjelang 2050.



Saintis menjelaskan usaha itu dapat membantu mengelakkan perubahan bencana paling teruk seperti ribut, kebakaran hutan dan banjir di seluruh dunia.



"COP26 harapan terakhir terbaik kita bagi mengekalkan 1.5 darjah Celsius," kata presiden COP26, Encik Alok Sharma, dari negara tuan rumah Britain, kepada delegasi semasa pembukaan persidangan itu.



"Di setiap negara kita, kita melihat kesan buruk perubahan iklim. Kita tahu planet yang kita kongsi ini kian berubah menjadi buruk."



Meletak dunia di laluan lebih selamat bukan mudah. Bumi telahpun menjadi lebih panas dengan peningkatan 1.2 darjah Celsius, jadi tidak cukup masa untuk bertindak, ujarnya.



Bagi mengurangkan risiko agar keadaan tidak bertambah buruk dengan keadaan cuaca berubah melampau, negara-negara mesti meningkatkan usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.



Pelan iklim kebangsaan sekarang, yang diikrar di bawah Perjanjian Paris, meletak dunia di laluan lebih panas yang lebih berbahaya, 2.7 darjah Celsius, menjelang 2100, kata PBB.



Ia juga bermakna menggerakkan sejumlah wang yang besar untuk bertukar ke sumber tenaga kitar semula, menggunakan elektrik bagi pengangkutan, cara lebih menjimatkan bagi menghasilkan makanan dan mengakhiri penebangan pokok di hutan.



Lebih genting lagi, ia bermakna menyediakan wang bagi negara miskin agar mereka dapat membuat perubahan dan penyesuaian bagi mengurangkan kesan iklim memburuk.



Negara kaya akhirnya menunaikan janji lama dalam memperuntuk AS$100 bilion ($134.94 bilion) setahun bagi membiayai pemuliharaan iklim bagi negara membangun.



Walaupun pelaburan bagi sumber tenaga daripada bahan kitar semula dan kenderaan elektrik terus meningkat, penggunaannya masih sangat kecil.



"Ini bukan hanya tentang AS$100 bilion," kata ketua iklim PBB, Cik Patricia Espinosa, kelmarin.



"Kita perlu menggerakkan trilion (dolar)," katanya.



Bagi mencapai kadar pelepasan sifar karbon menjelang 2050, pelaburan tenaga bersih tahunan sedunia perlu ditingkatkan tiga kali ganda menjelang 2030 kepada AS$4 trilion ($5.4 trilion), kata Agensi Tenaga Antarabangsa baru-baru ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >