Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin dunia mula kumpul hadiri pengebumian Ratu Elizabeth II

Sep 18, 2022 | 5:30 AM
DUKA RAJA: Raja Charles III dilihat turut menyertai acara berjaga-jaga di sisi keranda ibunya, mendiang Ratu Elizabeth II, di Dewan Westminster, Istana Westminster, London, kelmarin. Kelihatan orang ramai memasuki dewan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang mangkat pada 8 September lalu. Upacara pengebumian akan dijalankan esok. - Foto AFP
DUKA RAJA: Raja Charles III dilihat turut menyertai acara berjaga-jaga di sisi keranda ibunya, mendiang Ratu Elizabeth II, di Dewan Westminster, Istana Westminster, London, kelmarin. Kelihatan orang ramai memasuki dewan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang mangkat pada 8 September lalu. Upacara pengebumian akan dijalankan esok. - Foto AFP -

LONDON: Pemimpin dunia mulai tiba di ibu kota Britain semalam bagi menghadiri acara pengebumian Ratu Elizabeth II, yang akan berlangsung esok.

Raja Charles III berserta adik-beradiknya, Puteri Anne, Putera Andrew and Putera Edward, serta kededua Putera William dan Putera Harry, dilihat mengadakan acara berjaga-jaga di sisi keranda ibu dan ninda mereka di Dewan Westminster, Istana Westminster, London.

Orang ramai yang berada di London tidak mengendahkan dingin malam dan terus beratur - menunggu sekurang-kurangnya 24 jam - bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth.

Para pegawai berkata, barisan mereka yang beratur hampir mencecah 8 kilometer dan telah merayu kepada orang ramai agar berhenti menyertai barisan itu untuk seketika.

Ratu Elizabeth, 96 tahun, mangkat selepas 70 tahun bertakhta, dan pemergiannya menyaksikan pemimpin dan warga sedunia menzahirkan rasa duka.

"Kemasukan (ke barisan) akan dihentikan sekurang-kurangnya enam jam. Sila jangan cuba menyertai baris gilir sehingga ia dibuka semula," kata Jabatan Kebudayaan Britain di Twitter.

Barisan orang ramai beratur yang sentiasa bergerak dari Southwark Park ke Dewan Westminster Parlimen, dengan kira-kira 750,000 orang dijangka mahu memberi penghormatan sebelum upacara pengebumian Isnin ini.

"Lutut saya atau kaki saya sudah tidak terasa tetapi ia baik-baik saja. Kebanyakan orang sangat baik dan kami mempunyai masa yang agak menyeronokkan," kata Hyacinth Appah dari London yang berada dalam barisan.

Seorang lagi rakyat yang berkabung, Naomi Brown, berkata beliau menunggu hampir 11 jam selepas menyertai barisan itu pada malam semalam selepas bekerja.

"Saya hanya fikir, saya tidak akan melakukannya lagi. Saya sangat menghormati permaisuri, tidak sekali pun baginda pernah goyah.

"Baginda menjadi simbol yang baik untuk negara kita... rasanya seperti kita kehilangan ahli keluarga," kata Brown, 29, kepada Reuters ketika sedang beratur.

Putera tertua dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73 tahun, telah dinobatkan sebagai Raja Charles III.

Penobatan sebagai Raja berkuat kuasa serta-merta dan ia merupakan raja pertama dengan gelaran itu, yang menduduki takhta Britain sejak 1685.

Ratu Elizabeth mencatat rekod sebagai monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu.

Raja Charles, dalam ucapan pertamanya, menyifatkan kemangkatan ibunya sebagai saat paling sedih bagi baginda dan seluruh ahli keluarganya.

"Kami berkabung atas pemergian seorang Raja yang dihormati dan ibu yang amat disayangi. - Reuters, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg