Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin dunia mula tiba untuk hadiri acara pengebumian Ratu Elizabeth II

Sep 17, 2022 | 3:35 PM
Raja Charles III beserta adik-beradiknya, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward serta kedua-dua Putera William dan Putera Harry, dilihat mengadakan acara berjaga-jaga di sisi keranda ibu dan nenda mereka di Dewan Westminster, Istana Westminster, London.
Raja Charles III beserta adik-beradiknya, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward serta kedua-dua Putera William dan Putera Harry, dilihat mengadakan acara berjaga-jaga di sisi keranda ibu dan nenda mereka di Dewan Westminster, Istana Westminster, London. - AFP

LONDON: Pemimpin dunia mula tiba di ibu kota Britain pada Sabtu (17 Sep) bagi menghadiri acara pengebumian Ratu Elizabeth II, yang akan berlangsung Isnin (19 Sep). Raja Charles III beserta adik-beradiknya, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward serta kedua-dua Putera William dan Putera Harry, dilihat mengadakan acara berjaga-jaga di sisi keranda ibu dan nenda mereka di Dewan Westminster, Istana Westminster, London. Orang ramai yang berada di London tidak mengendahkan dingin malam dan terus beratur - menunggu sekurang-kurangnya 24 jam - bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth. Para pegawai berkata barisan mereka yang beratur hampir mencecah 8 kilometer dan telah merayu kepada orang ramai agar berhenti menyertai barisan itu buat seketika. Ratu Elizabeth, 96 tahun, meninggal dunia selepas 70 tahun bertakhta, dan pemergiannya menyaksikan pemimpin dan warga sedunia menzahirkan rasa duka. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg