Topic followed successfully
Go to BHkuPemimpin EU mahu maruah golongan pendatang dipertahan
Premium
Pemimpin EU mahu maruah golongan pendatang dipertahan
Krisis cetuskan ketegangan dan dedah perpecahan dalam Kesatuan Eropah
Sep 1, 2015 | 5:30 AM
Pemimpin EU mahu maruah golongan pendatang dipertahan
LARI MENINGGALKAN TANAH AIR: Para pelarian Syria dan pendatang tanpa izin berjalan merentasi sebuah kawasan menuju Gevgelija di Macedonia, untuk ke sempadan Serbia kelmarin. - Foto AFP -
RÖSZKE (Hungary): Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menggesa tindakan diambil bagi mempertahankan "maruah golongan pendatang" menjelang mesyuarat tergempar, sedang ketegangan meletus di beberapa sempadan blok Eropah Timur berikutan krisis yang semakin memburuk itu.
Menteri-menteri dalam negeri anggota EU akan bermesyuarat pada 14 September ini di Brussels untuk cuba dan "mengukuhkan respons Eropah" kepada pembanjiran pendatang tanpa izin, kata Luxembourg, yang kini memegang jawatan Presiden EU.

